Utusan Borneo (Sabah)

Dua syarikat pajak gadai didenda

-

KOTA KINABALU: Dua buah syarikat pajak gadai dikenakan denda atau penjara, kerana melanggar Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan PeraturanP­eraturan Pemegang Pajak Gadai 2004.

Hukuman itu dikenakan terhadap syarikat T.B.S Sdn Bhd diwakili pengarahny­a Tang Loi Yung, 68, dan syarikat Kota Jutamas Sdn Bhd diwakili pengarahny­a Florian Richard, 32, selepas mengaku salah.

Syarikat T.B.S Sdn Bhd dikenakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan, atas kesalahan mengikut Seksyen 10 C Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81), dihukum mengikut Seksyen 41 A akta sama, iaitu tidak mempamerka­n lesen asal yang masih sah, di dalam premis berkenaan, semasa pemeriksaa­n dijalankan.

Sekali lagi, syarikat terbabit didenda sebanyak RM2,500 atau penjara enam bulan, atas kesalahan mengikut Seksyen 13 B akta sama, kerana mempamerka­n iklan tanpa mempunyai permit.

Kedua-dua kesalahan dilakukan pada 24 Januari jam 2 petang, di sebuah premis, Jalan Tugu Kampung Air, di sini.

Sementara itu, syarikat Kota Jutamas Sdn Bhd didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan, atas kesalahan mengikut Peraturan1­3Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai (Kawalan dan Perlesenan) 2004.

Syarikat terbabit gagal menyediaka­n buku rekod jualan secara lelong, pada 25 Januari jam 9.41 pagi, di Lorong KK Taipan 2, Inanam New Township, di sini.

Pada hari sama, syarikat terbabit juga didapati mempamerka­n papan iklan yang tidak lengkap, kerana tidak mempunyai butiran nombor dan tempoh sah lesen.

Untuk kesalahan mengikut Peraturan 9 peraturan sama, syarikat terbabit didenda RM2,500 atau penjara tiga bulan.

Semua kes terbabit didengar di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus dan Afiq Agoes, manakala Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin dan Insp James Paran melakukan pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia