Utusan Borneo (Sabah)

KM dijemput rasmi ulang tahun ke-42 USCCAKK, 8 Ogos

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK) telah menjemput Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal sebagai tetamu kehormat pada majlis sambutan ulang tahun ke42 serta upacara pertabalan ke-22 untuk Jawatankua­sa Eksekutif, Pemuda, Wanita dan Pendidikan, bertempat di Dewan Hakka, Tanjung Lipat di sini pada 8 Ogos ini.

Presiden USCCAKK, Datuk Susan Wong Siew Guen bersama mantan presiden, Datuk Jimmy Yong Kyok Ming dan setiausaha agung Richard Lee Fuh Min menyampaik­an jemputan rasmi berkenaan semasa kunjungan hormat ke atas Shafie pada Jumaat.

Susan berkata persatuan itu ditubuhkan pada 19 Disember 1975 dengan matlamat untuk memupuk hubungan lebih rapat dan melindungi kepentinga­n masyarakat Cina.

USCCAKK terdiri daripada 15 persatuan masyarakat, iaitu Persatuan Sze Yi Pantai Barat Sabah, Persatuan Hakka Kota Kinabalu, Persatuan Kwong Siew Kota Kinabalu, Persatuan Teo Chew Kota Kinabalu, Persatuan Masyarakat Tai Poo Sabah, Persatuan Hainan Kota Kinabalu, Persatuan Cina Utara Sabah, Persatuan San Chiang Sabah, Persatuan Foochow Kota Kinabalu, Persatuan Hokkien Kota Kinabalu, Persatuan Lung Yen Kota Kinabalu, Persatuan Ann Koai Sabah, Persatuan Eng Choon Sabah, Persatuan Nan Ann Kota Kinabalu dan Persatuan Hin Ann Kota Kinabalu.

Susan mengucapka­n terima kasih kepada presiden kehormat, pengasas dan mantan presiden masa lalu diatas kemampuan kepimpinan mereka.

Hari ini, USCCAKK dan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Bersatu (SUCCC) bersama-sama memiliki tanah seluas 2.75 ekar tanah di bandaraya, dengan niat untuk merancang pembinaan Wisma Zhonghua.

Susan turut mengucapka­n terima kasih kepada mantan presiden USCCAKK Henry Kong dan presiden SUCCC Datuk Seri Panglima Sari Nuar diatas inisiatif memohon sebidang tanah daripada Kerajaan Negeri.

Ahli Jawatankua­sa Eksekutif USCCAKK ialah Datuk Susan Wong Siew Guen (Sze Yip), Timbalan Presiden Datuk Chua Soon Ping (Teo Chew), naib presiden Datuk Wong Hai Ming (Foo Chow), Chua Kui Ting (Ann Koai), Soo Shau Kiong (Lung Yen), Datuk Michael Lui Yen Sang (Nan Ann), setiausaha agung Richard Lee Fuh Min (Hakka), bendahari Baby Gan (Eng Choon), ketua kebajikan Chia Fook Soon (Kwong Siew) dan ahli jawatankua­sa Choi Kwok Cheung (San Chiang), Kapitan Peter Chong (Cina Utara), Simon Hong (Hin Ann), Dr Michael

SUSAN (dua kiri) menyampaik­an jemputan rasmi kepada Shafie (dua kanan). Turut kelihatan Yong (kanan) dan Lee (kiri).

Heng (Hainan), Soon Yew Chye (Tai Poo) dan Yee That Hian (Hokkien).

Sementara itu, Chow Chen Cheong dan Ong Lee Chien masing-masing adalah Ketua Pemuda dan Wanita manakala Dennis Gan mengetuai Jawatankua­sa Pelajaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia