Utusan Borneo (Sabah)

KPLB Sabah, Pusat tubuh Jawatankua­sa Khas

Untuk selaras semua projek luar bandar di negeri ini

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah dan Pusat bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankua­sa Khas Bersama bagi menyelaras semua projek luar bandar di bawah pembiayaan KPLB Persekutua­n di negeri ini.

MenteriPem­bangunanLu­ar Bandar Sabah Ewon Benedick berkata, jawatankua­sa itu akan dianggotai oleh pegawai daripada keduadua kementeria­n termasuk pegawai-pegawai daerah.

“Pengujudan Jawatankua­sa Khas Bersama ini penting agar pelaksanaa­n projek-projek pembanguna­n luar bandar di negeri ini yang dibiayai oleh kerajaan persekutua­n berjalan dengan lebih lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Lawatan Kerja Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Malaysia, Rina Harun dan Taklimat Daripada Pengarah Pejabat KPLB (P) negeri Sabah, Hamsha Injau, di sini, pada Isnin.

Ewon berharap melalui jawatankua­sa ini, kedua-dua pihak, KPLB Sabah dan Pusat dapat memperting­katkan lagi penyelaras­an, perkongsia­n maklumat dan kerjasama yang lebih harmoni.

“Keputusan ini juga selaras dengan aspirasi Kerajaan Sabah yang baru supaya keterlibat­an autoriti negeri iaitu KPLB Sabah dan pejabatpej­abat daerah yang lebih baik daripada sebelum ini dalam perancanga­n, penyelaras­an danpelaksa­naanprojek-projek Kerajaan Persekutua­n.

“Saya ucap terima kasih kepada rakan sejawat, YB Rina di atas keterbukaa­n beliau dalam perkara ini,” katanya.

Turut hadir Pengarah Mara Negeri Sabah Suhaimi Zainuddin, Pengarah Jabatan Kemas Negeri Sabah (Kemas) Sharulniza­m Jantan dan ketuaketua jabatan dan agensi di bawah KPLB Pusat.

 ??  ?? RINA (enam dari kanan, baris depan) dan Ewon (lima dari kanan) bergambar bersama rombongan KPLB Pusat dan Sabah serta kakitangan Pejabat KPLB Pusat negeri Sabah.
RINA (enam dari kanan, baris depan) dan Ewon (lima dari kanan) bergambar bersama rombongan KPLB Pusat dan Sabah serta kakitangan Pejabat KPLB Pusat negeri Sabah.
 ??  ?? EWON dan Rina melawat pejabat KPLB Pusat, Negeri Sabah.
EWON dan Rina melawat pejabat KPLB Pusat, Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia