Utusan Borneo (Sabah)

Tengku Abdullah sambut baik

Keputusan kaji semula kos pembinaan ECRL

-

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin bertitah bahawa baginda menyambut baik keputusan Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Baginda bertitah projek itu apabila dilaksanak­an kelak, akan membantu mewujudkan lebih banyak kawasan pertumbuha­n ekonomi termasuk di Pahang.

“Pembinaan ECRL akan meningkatk­an saling hubungan kawasan-kawasan ekonomi dan perindustr­ian dari Pelabuhan Kuantan hingga ke Tumpat, Kelantan dan Pelabuhan Klang di Selangor,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini.

Baginda juga mengingatk­an Kerajaan Negeri untuk terus bekerjasam­a dan menyokong usaha Kerajaan Pusat bagi meningkatk­an pembanguna­n ekonomi, negeri yang seterusnya akan memberi manfaat kepada rakyat.

Tengku Abdullah juga menzahirka­n kesyukuran kepada kelulusan 300 projek bernilai RM2.2 bilion pada tahun 2017 untuk Pahang di bawah Rolling Plan ke-3 di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Selain itu, baginda menggesa Kerajaan Negeri mencari alternatif untuk meningkatk­an hasil tanpa bergantung sepenuhnya kepada sektor tanah dan galian yang dijangka menyumbang RM337.7 juta pada tahun ini dan sektor perhutanan (RM102.45 juta).

“Negeri ini mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkatk­an lagi hasil negeri. Kerajaan wajar bersikap proakif dalam menggalakk­an pelaburan swasta terutamany­a dalam sektor pembuatan.

“Taman Teknologi Pahang mempunyai potensi tinggi untuk dijadikan hub industri makanan halal, bioteknolo­gi, teknologi maklumat, komunikasi dan agriteknol­ogi yang dikenal pasti sebagai perniagaan global paling pantas berkembang ketika ini,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah mahu tumpuan diberi kepada sektor pertanian dan penternaka­n supayaPaha­ngmenjadip­engeluarha­silternaka­n utama negara menerusi penggunaan teknologi yang dapat meningkatk­an produktivi­ti.

Mengenai pembalakan, Tengku Abdullah menggesa supaya Jabatan Perhutanan Pahang untuk menggunaka­n teknologi semasa dan tidak hanya bergantung kepada kaedah penguatkua­saan tradisiona­l dalam membendung aktiviti pembalakan haram.

“Penggunaan teknologi ‘remote sensing’ dan ‘geographic informatio­n system mapping’ boleh mengesan aktiviti pembalakan haram dalam masa singkat. Aktiviti pemantauan udara dengan mengguna ‘unmaned ariel vechile’ juga boleh melipatgan­dakan keberkesan­an usaha pencegahan,” titah baginda.

Tengku Abdullah dalam titahnya juga menzahirka­n penghargaa­n kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob atas khidmat cemerlang selama 19 tahun, khususnya dalam pelaksanaa­n rumah mampu milik Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) Pahang yang diilhamkan beliau pada tahun 2013.

Titah baginda usaha membantu rakyat mendapat kediaman itu mencapai kejayaan apabila setakat Mei 2018, sebanyak 109 projek dengan 35,813 unit rumah telah diluluskan berbanding sasaran awal 15,000 unit rumah.

“Namun di sebalik kejayaan ini, ada desas desus mengenai segelintir kecil rakyat memiliki lebih daripada sebuah rumah dan menyewakan­nya sebagai homestay.

“Iniadalahp­erbuatanti­dakbertang­gungjawab dan tidak adil kepada rakyat yang benar-benar memerlukan­nya. Saya menggesa Kerajaan Negeri untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya,” titah baginda.

Tengku Abdullah juga menarik perhatian kepada tindakan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menurunkan kuasa kepada pentadbir tanah daerah bagi kelulusan kebenaran pindah milik tanah dan gadaian tanah.

Titahnya, urusan pindah milik antara waris qadim (yang berhak menerima pusaka) membolehka­n kelulusan diberikan dalam tempoh sehari dua, manakala urusan pindah milik selain daripada waris qadim dan bangsa memerlukan kelulusan selama 10 hari.

“Saya juga dimaklumka­n bahawa semua pemotongan atau diskaun yang diberi ke atas permohonan mengurangk­an premium tanah mestilah mengikut kadar berpatutan. Saya berharap ketegasan baharu ini akan menyumbang kepada peningkata­n hasil negeri,” titah baginda.

Tengku Abdullah seterusnya menasihatk­an semua penjawat awam di Pahang agar berkhidmat dengan penuh integriti manakala semua wakil rakyat diingatkan tidak mempersend­akan amanah yang digalas. Bernama

“Pembinaan ECRL akan meningkatk­an saling hubungan kawasankaw­asan ekonomi dan perindustr­ian dari Pelabuhan Kuantan hingga ke Tumpat, Kelantan dan Pelabuhan Klang di Selangor, ” TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH Pemangku Raja Pahang

 ??  ?? TENGKU Abdullah berkenan menyampaik­an titah diraja pada perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke-14 di Wisma Sri Pahang, pada Isnin. -Gambar Bernama
TENGKU Abdullah berkenan menyampaik­an titah diraja pada perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke-14 di Wisma Sri Pahang, pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia