Utusan Borneo (Sabah)

Pemangku Raja Kelantan berbesar hati k’jaan setuju bayar royalti petroleum

-

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra pada Isnin menzahirka­n rasa berbesar hati baginda terhadap keputusan Kerajaan Persekutua­n yang bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri.

Baginda bertitah dengan terbentukn­ya kerajaan baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan, lebih banyak lagi perubahan dan penambahba­ikan akan dilakukan demi kepentinga­n rakyat dan hasrat merealisas­ikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 tercapai.

“Dalam usaha untuk mengeratka­n lagi hubungan yang baik di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutua­n, beta amat berharap agar projek yang diluluskan perlu diteruskan oleh Kerajaan Persekutua­n,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 tahun 2018 di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Baginda bertitah antara projek berkenaan adalah menaiktara­f Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Projek Central Spine Road (CSR) Pakej Kota Bharu-Kuala Krai dan Kuala KraiMentar­a/Pahang, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT 3) dan cadangan pembinaan jambatan Kampung CinaPalekb­ang.

Dr Tengku Muhammad Faiz Petra bertitah kebelakang­an ini, Kelantan mula melalui proses transforma­si dalam pelbagai aspek pembanguna­n menerusi limpahan projek infrastruk­tur berimpak tinggi yang dibawa masuk Kerajaan Persekutua­n.

“Malah, beta difahamkan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), sebanyak 16 projek berimpak tinggi sedang dilaksanak­an di negeri ini dengan peruntukan RM2.81 bilion,” titah baginda.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia