Utusan Borneo (Sabah)

Empat suspek pukul warga emas sehingga maut ditahan

-

LUMUT: Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang lelaki warga emas sehingga meninggal dunia kerana dipercayai mencuri kelapa sawit di Lekir, Sitiawan, di sini pada Ahad.

Noorbek Siron, 67, meninggal dunia kirakira 8 malam, Sabtu lalu di Hospital Seri Manjung selepas mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian Rabu lepas.

KetuaPolis­DaerahManj­ung ACP Muhammad Hanif Othman berkata kesemua suspek berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan kira-kira 6 petang semalam, di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kematian bagi membantu siasatan lanjut.

“Orang ramai dinasihatk­an supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan memukul sekiranya terdapat kejadian sebegini kerana kesannya boleh menyebabka­n kematian,” katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Dalam kejadian Rabu lepas, polis menerima maklumat terdapat kes tangkapan seorang lelaki warga emas disyaki mencuri kelapa sawit di Batu 10 Lekir, Sitiawan.

“Ketika diserahkan kepada polis Rabu lepas, warga emas itu dalam keadaan cedera dan dia dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan,” katanya.

Muhammad Hanif berkata kira-kira 11 pagi pada Ahad, beliau dimaklumka­n mengenai kematian mangsa, dipercayai hasil bedah siasat menunjukka­n ia berpunca daripada kecederaan pada tisu lembut susulan trauma tumpul dan pendarahan otak.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia