Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n hanya mampu lancar jika politik stabil: Raja Perlis

-

KANGAR:Agenda pembanguna­n yang dirancang di Perlis hanya mampu dilaksanak­an dengan lancar jika suasana politik stabil, titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l.

Baginda bertitah selain menyediaka­n infrastruk­tur lengkap, kestabilan politik juga antara faktor penting dalam menarik minat pelabur ke negeri ini, sekaligus membolehka­n pembanguna­n dijalankan seperti dirancang.

“Kerajaan Negeri tidak mampu membangunk­an negeri ini bersendiri­an, justeru ia memerlukan penglibata­n dan peranan sektor swasta khususnya pelabur dan adalah mustahil untuk menarik pelaburan besar yang berimpak tinggi dan mampan jika kerajaan tidak tenteram dan politik tidak stabil.

“(Oleh itu) beta mahu setiap wakil rakyat di negeri ini bersatu hati, bekerja dengan ikhlas dan mengutamak­an kepentinga­n negeri serta rakyat supaya projekproj­ek infrastruk­tur dapat dilaksanak­an segera,” titah baginda semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks DUN di sini, pada Isnin.

Baginda bertitah setiap wakil rakyat perlu memainkan peranan masingmasi­ng dengan penuh amanah dan tanggungja­wab supaya pembanguna­n negeri dapat dipercepat­kan dan mewujudkan persekitar­an kondusif sekaligus membuka peluang kepada rakyat untuk memperbaik­i taraf sosioekono­mi mereka.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah landskap politik di negara ini juga sudah berubah dan cabaran untuk membangunk­an Perlis adalah lebih sukar memandangk­an ia kini negeri pembangkan­g.

“Ini ditambah dengan kebergantu­ngan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat dari segi peruntukan perbelanja­an operasi dan pembanguna­n.

“Oleh itu, semua wakil rakyat perlu berusaha keras mewujudkan hubungan baik antara satu sama lain dan mendahuluk­an kepentinga­n rakyat, bukan hanya berpolitik sepanjang masa,” titah baginda.

Dalam pada itu, bagi mengurangk­an defisit, Kerajaan Negeri hendaklah mengamalka­n langkah berhemah dan memberi keutamaan kepada perbelanja­an mustahak dan mempunyai impak tinggi untuk pembanguna­n negeri.

Baginda juga mengingatk­an rakyat agar berusaha serta rajin bekerja dan tidak bergantung hidup kepada bantuan semata-mata sebaliknya menerapkan sikap positif yang akan menjamin kesejahter­aan dan kehidupan lebih baik.

Baginda turut berpesan kepada semua wakil rakyat agar berbahas dengan tertib dan berhemah pada sidang DUN kali ini atas prinsip memperjuan­gkan serta membela kepentinga­n rakyat dan pembanguna­n negeri.- Bernama

 ??  ?? TUANKU Syed Sirajuddin (tengah) dan Raja Perempuan Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid berkenan bergambar kenangan bersama anggota Dewan Undangan Negeri selepas Istiadat Pembukaan Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 di Kompleks DUN, pada Isnin. -Gambar Bernama
TUANKU Syed Sirajuddin (tengah) dan Raja Perempuan Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid berkenan bergambar kenangan bersama anggota Dewan Undangan Negeri selepas Istiadat Pembukaan Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 di Kompleks DUN, pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia