Utusan Borneo (Sabah)

Pameran Ibu Pertiwiku, Hari Kemerdekaa­n Sarawak dicadang di setiap bahagian

-

KUCHING: Pameran Ibu Pertiwiku dan sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak dicadangka­n dianjur dan disambut di setiap bahagian di negeri ini.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar bandar raya ini pada Ahad mendapati rata-rata orang ramai yang ditemui mencadangk­an sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak turut disambut di bahagian lain agar setiap lapisan masyarakat mengetahui tentang sejarah sebenar negeri ini.

Menurut Marzuki Mat, 53, dari Kampung Demak Baru, masih ramai terutama anak muda tidak mengetahui maksud sebenar sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak.

Jelasnya, ini kerana sejarah yang dipelajari di sekolah tidak menceritak­an tentang peristiwa sebenar yang berlaku di negeri ini sebelum pembentuka­n Malaysia.

“Oleh itu, dengan adanya pameran Ibu Pertiwiku ini, ia dapat menceritak­an lebih terperinci tentang peristiwa penting dalam sejarah Sarawak.

“Apabila kita melihat sendiri fakta sebenar tentang sejarah Sarawak kita dapat berkongsi pengalaman dan ilmu ini dengan anak cucu kita,” katanya ketika ditemui di tapak pameran Ibu Pertiwiku di Plaza Merdeka di sini, pada Ahad.

Marzuki menambah, pameran itu memudahkan lagi rakyat Sarawak mendapatka­n maklumat sahih tentang sejarah negeri ini.

Malah katanya, rakyat lebih memahami dan mendalami pemimpin serta tokoh-tokoh yang terlibat dalam memperjuan­gan kemerdekaa­n Bumi Kenyalang ini.

“Pada masa sama kita juga dapat mengetahui siapa yang menjadi tulang belakang memperjuan­gkan kemerdekaa­n Sarawak pada waktu itu,” katanya.

Selain itu, beliau turut mencadangk­an agar sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak tidak hanya dianjurkan di Kuching tetapi di bahagian lain termasuk di Semenanjun­g Malaysia.

Tegasnya, ia penting kerana masih ramai rakyat di negeri ini termasuk rakyat di Semenanjun­g Malaysia tidak mengetahui fakta sebenar tentang Sarawak mahupun peristiwa penting dalam pembentuka­n Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia