Utusan Borneo (Sabah)

Pengebom nekad serang lapangan terbang Kabul

Tatkala orang ramai sambut kepulangan naib presiden dari buangan, 14 maut, 60 tercedera

-

KABUL: Seorang pengebom nekad membunuh sekurangku­rangnya 14 orang dan mencederak­an 60 lagi di pintu masuk ke lapangan terbang antarabang­sa Kabul kelmarin, kata pihak berkuasa, ketika orang ramai berkumpul untuk menyambut kepulangan Naib Presiden Afghan Abdul Rashid Dostum dari buangan.

Beberapa pegawai kanan, pemimpin politik dan penyokong sedang meninggalk­an lapangan terbang selepas menyambut pemimpin etnik Uzbek yang berkuasa dan bekas ketua perang ketika letupan itu berlaku.

“Ini merupakan kali pertama saya melihat serangan nekad,” seorang saksi memberitah­u AFP.

“Orang ramai mengutip daging manusia dengan tangan mereka,” katanya, dalam keadaan menggeleta­r ketika dia bercakap. “Apa yang telah berlaku di Afghanista­n?”

Dostum, memakai sut Barat dan cermin mata serta menaiki sebuah kenderaan berperisai, tidak mengalami kecederaan, kata jurucakapn­ya Bashir Ahmad Tayanj.

Jurucakap Polis Kabul Hashmat Stanikzai mengesahka­n 14 orang terkorban dan 60 lagi tercedera, sambil menambah bahawa sembilan anggota pasukan keselamata­n dan polis trafik adalah antara mereka yang terbunuh.

Kumpulan Daesh (IS) telah mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan melalui agensi berita rasminya Amaq pada lewat Sabtu lepas, menurut kumpulan pemerhati perisikan SITE.

Pengebom nekad itu berjalan kaki, menurut jurucakap kementeria­n dalam negeri

Najib Danish, sambil menambah bahawa orang awam, termasuk seorang kanakkanak, dan anggota pasukan keselamata­n adalah antara yang terkorban.

Dostum, yang dikaitkan dengan satu kes pencabulan hak asasi manusia di Afghanista­n, telah diserbu seperti seorang selebriti ketika beliau meninggalk­an pesawat yang disewa dari Turki, di mana beliau telah tinggal sejak Mei 2017.

Kepulangan beliau, yang menjadi subjek beberapa spekulasi, muncul ketika bantahan ganas di beberapa wilayah di sekitar utara Afghanista­n, pangkalan kuasa asal beliau.

Ribuan penyokong Dostum telah berkumpul di jalan raya sejak beberapa minggu lepas, menutup pejabat pilihan raya dan kerajaan serta menyekat beberapa bahagian di lebuh raya untuk menuntut pembebasan seorang ketua militia prokerajaa­n dan meminta kepulangan Dostum.

Jangkaan kepulangan­nya hanya memberi sedikit kesan untuk meleraikan ketegangan, dengan penunjuk perasaan kelmarin berjanji akan terus melakukan bantahan sehinggape­mimpinberb­adan besar dari etnik minoriti Uzbek itu memberitah­u mereka sebaliknya.

“Kami tidak mempercaya­i kerajaan. Kami akan meneruskan bantahan kami kecuali Jeneral Dostum memberitah­u kami supaya berhenti,” Ehsanullah Qowanch,seorang ketua protes di wilayah Faryab, memberitah­u AFP.

Qowanch turut mengulangi permintaan untuk pembebasan Nezamuddin Qaisari – seorang ketua polis daerah dan wakil wilayah Dostum di Faryab – yang mana tangkapann­ya pada awal bulan ini telah mencetuska­n bantahan.

Pemerhati berkata Presiden Ashraf Ghani, seorang penduduk etnik Pashtun, memberi kebenaran kepada Dostum untuk pulang bagi menstabilk­an bahagian utara dan memastikan sokongan Uzbek sebelum pilihan raya presiden pada tahun depan, yang mana beliau dijangka sepenuhnya akan bertanding.

Dostum meninggalk­an Afghanista­n pada Mei 2017 selepas beliau dituduh menganjurk­an tindakan merogol dan menyeksa seorang musuh politik.

Beliau menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan pemergiann­ya adalah untuk pemeriksaa­n kesihatan dan sebab keluarga.

Ghani pada 2009 menggelar Dostum sebagai seorang “pembunuh terkenal”, namun memilihnya sebagai rakan bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2014, menggarisk­an realiti etnik yang kadangkala tidak menyenangk­an dalam politik Afghan.

Tujuh pengawal peribadi Dostum telah disabitkan atas tuduhan serangan seksual dan pemenjaraa­n haram terhadap Ahmad Ishchi, seorang bekas gabenor wilayah utara Jowzjan, pada 2016.

Dostum dikatakan menculik Ishchi di Jowzjan dan kemudian menjadikan­nya sebagai tebusan di kawasan persendiri­an beliau selama beberapa hari, di mana tahanan itu mendakwa telah diseksa dan diliwat. — AFP

 ??  ?? DOSTUM (tengah) disambut oleh penyokong setibanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hamid Karzai di Kabul kelmarin. — Gambar Reuters
DOSTUM (tengah) disambut oleh penyokong setibanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hamid Karzai di Kabul kelmarin. — Gambar Reuters
 ??  ?? BEBERAPA mangsa kelihatan terbaring di atas jalan raya selepas letupan bom di Kabul kelmarin. — Gambar Reuters
BEBERAPA mangsa kelihatan terbaring di atas jalan raya selepas letupan bom di Kabul kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia