Utusan Borneo (Sabah)

Ahli parlimen Korea Selatan terbabit skandal rasuah membunuh diri

-

SEOUL: Seorang ahli parlimen terkenal Korea Selatan yang sedang disiasat berhubung satu skandal rasuah telah membunuh diri, kata polis semalam.

Roh Hoe-chan, ahli parlimen selama tiga penggal untuk parti haluan kiri Parti Kehakiman telah diletakkan di bawah siasatan selepas dituduh menerima sejumlah 50 juta won daripada penulis blog politik yang berkuasa dikaitkan dengan ramai ahli politik utama.

Penulis blog tersebut, yang lebih dikenali dengan nama samaran dalam talian- nya “Druking”, sedang dibicaraka­n kerana menggunaka­n program penggodama­n haram untuk menukar pendapat umum di dalam Naver, portal dalam talian terkenal di Korea Selatan.

“Druking” dituduh secara palsu meningkatk­an jumlah respons positif – bersamaan dengan fungsi “Like” dalam Facebook – kepada berpuluh ribu komen dalam talian di dalam Naver yang menyerang atau menyokong ahli politik atau parti politik dalam tindakan untuk mendapatka­n kepentinga­n peribadi.

Dalam satu nota bunuh diri yang ditinggalk­an di sebuah apartmen di Seoul, Roh mengaku dia menerima wang daripada penulis blog tersebut, namun menafikan dia menawarkan sebarang balasan untuknya, lapor agensi berita Yonhap.

Dia telah dijangka akan dipanggil tidak lama lagi oleh pendakwa raya untuk soal siasat.

Polis menyatakan Roh ditemui meninggal dunia di pintu pagar bangunan apartmen yang sama dan ia kelihatan bahawa dia telah melompat jatuh hingga menemui ajal.

Roh merupakan seorang aktivis hak buruh terkenal sebelum menjadi ahli parlimen pada 2004.

Pihak presiden Korea Se-latan di Rumah Biru telah menyampaik­an ucapan takziah di atas “kejadian yang sangat mengejutka­n itu.”

“Saya menyampaik­an takziah yang tidak terhingga di atas kematianny­a dari lubuk hati saya,” Huh Ikbum, seorang pendakwa raya kanan yang mengetuai siasatan dalam skandal tersebut, memberitah­u wartawan.

“Saya secara peribadi mengagumi dia sebagai seorang ahli politik,” jelasnya.

Korea Selatan mempunyai salah satu kadar bunuh diri paling tinggi di dunia, dan pegawai awam yang membunuh diri – dari ahli politik hingga ahli perniagaan – terlibat dalam skandal memalukan sering menjadi tajuk utama.

Bekas presiden Roh Moohyun, yang berkhidmat dari 2003 hingga 2008, mengejutka­n negara pada 2009 apabila dia terjun dari sebuah cerun ketika disiasat berhubung satu skandal rasuah. — AFP

 ??  ?? PEGAWAI polis berdiri di sebelah khemah yang didirikan di mana Roh (sisipan) ditemui mati berhampira­n pintu pagar bangunan apartmen di tengah Seoul semalam. — Gambar AFP/Yonhap
PEGAWAI polis berdiri di sebelah khemah yang didirikan di mana Roh (sisipan) ditemui mati berhampira­n pintu pagar bangunan apartmen di tengah Seoul semalam. — Gambar AFP/Yonhap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia