Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Brazil berang kes silap identiti berbaur rasis

-

RIO DE JANEIRO: Rakyat Brazil berasa berang dengan kejadian yang melibatkan seorang lelaki kulit hitam dipenjarak­an selama seminggu di Rio kerana dia telah tersilap disyaki sebagai seorang suspek yang juga merupakan seorang penduduk Afro-Brazil dengan kepala botak.

“Ia tidak berubah, dan tidak akan pernah berubah. Masyarakat adalah rasis dan ia akan selalunya begitu,” Antonio Carlos Rodrigues memberitah­u media tempatan ketika dia dibebaskan dari penjara pada Jumaat lepas.

Kisah itu mungkin sedikit berbeza dalam sebuah masyarakat yang kurang berubah: namun lebih separuh daripada rakyat Brazil adalah kulit hitam atau kaum campuran.

Polis di Rio de Janeiro berkata mereka telah membuka satu siasatan “untuk membentuk tanggungja­wab” dalam kes ini.

Pekerja berusia 43 tahun itu ditangkap pada 13 Julai, dituduh mengambil bahagian dalam rompakan bersenjata di konsulat Venezuela.

Untuk mengenal pasti dia, polis telah membanding­kan gambar video pengawasan dari konsulat dengan gambar lelaki tersebut yang terdapat dalam media sosial.

Dalam gambar-gambar tersebut suspek memakai cermin mata.

Menurut satu laporan yang dikeluarka­n oleh laman G1, pesuruhjay­a yang bertanggun­gjawab ke atas siasatan telah melihat satu persamaan pada “warna kulit, bentuk hidung dan muka,” serta menyatakan gambaran tertentu seperti kepala botak dan “telinga yang besar dan tajam”.

“Ia adalah satu kesilapan besar, sesiapapun boleh mengenali perbezaan fizikal di antara kedua-duanya,” abang Rodrigues memberitah­u laman berita G1.

Keluarga tahanan telah melakukan siasatan sendiri dan mendapat gambar lain dari beberapa kamera keselamata­n. Ia kemudian didapati bahawa suspek yang kelihatan dalam video konsulat telahpun berada di dalam penjara.

Dia diberkas beberapa hari kemudian untuk serangan lain dengan sejenis senjata berbahaya.

Polis akhirnya mengakui kesilapan mereka dan memberi arahan untuk pembebasan Rodrigues.

Brazil merupakan negara terakhir di Amerika Latin yang menamatkan perhambaan pada tahun 1888, dan malah sekarang, tindakan rasisme dalam institusi telah membesarka­n lagi jurang ketidaksam­aan sosial.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia