Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran marak selama lima hari musnah 800 hektar di barat Latvia

-

RIGA: Kebakaran yang marak selama lima hari telah memusnahka­n kawasan seluas lebih 800 hektar di barat Latvia, menurut pihak berkuasa kelmarin, dengan suhu ekstrem berterusan menjejaska­n usaha anggota bomba.

Gambar satelit menunjukka­n kebakaran yang merebak hingga 170 ekar hutan, 257 hektar kawasan belukar dan hampir 400 hektar tanah gambut.

Kebakaran tanah gambut di wilayah Courland telah berlaku pada Selasa lepas dan merebak ke bahagian timur, dengan asap yang dapat dilihat di pekan peranginan Jurmala, lebih 100 kilometer jauhnya di wilayah berhampira­n Riga.

“Kebakaran tanah gambut di bahagian bawah, namun apabila terdapat angin, yang membawa oksigen, kebakaran boleh meletus menjadi api besar,” jurucakap perkhidmat­an bomba Latvia Inta Palkavniec­e memberitah­u wartawan.

“Sasaran utama adalah untuk menghalang api dari merebak,” tambahnya.

Perkhidmat­an bomba menyatakan dalam laman sesawangny­a bahawa usaha memadamkan kebakaran akan menjadi “panjang dan menyusahka­n”.

“Cuaca adalah tidak memihak bagi memadamkan kebakaran dan akan kekal sebegitu sepanjang beberapa hari akan datang,” jelasnya.

Wilayah Courland tidak mempunyai ramai penduduk, dengan kurang jalan raya dan banyak kawasan yang tidak boleh dimasuki disebabkan oleh kawasan paya yang luas.

Penduduk Stikli, sebuah kampung yang telah dipindahka­n kerana kebakaran, mulai pulang ke rumah selepas angin bertukar “dari arah sebenarnya”, datuk bandar Ventspils, Aivars Mucenieks, memberitah­u wartawan.

Pelajar di sebuah sekolah kanak-kanak kurang upaya di Stikli tidak akan kembali sehingga situasi adalah sepenuhnya dalam kawalan, tambahnya.

Ahli meteorolog­i telah memberi amaran bahawa suhu yang tinggi yang berterusan dan tiada hujan telah dijangka bagi tempoh dua minggu akan datang.

Latvia mengalami kemarau teruk sejak beberapa bulan lepas, mendesak pihak berkuasa untuk mengumumka­n satu bencana semula jadi dalam sektor pertanian.

Negara Baltik masih belum meminta bantuan dari negara Eropah lain dan tidak mempunyai rancangan untuk berbuat sedemikian buat masa sekarang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia