Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Yaman tuntut Huthi bebas tahanan sebelum mula rundingan

-

RIYADH: Kerajaan Yaman kelmarin menyatakan bahawa ia akan kembali ke meja rundingan dengan pemberonta­k Huthi sekiranya mereka membebaska­n semua tahanan yang mereka tangkap.

“Ia adalah perlu untuk menunjukka­n sikap muhibah sebelum bermulanya rundingan baharu melalui pembebasan semua tahanan di dalam penjara mereka,” Perdana Menteri Yaman Ahmed Dagher menyatakan dalam rundingan dengan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Martin Griffiths di Riyadh, lapor agensi berita Saba.

Beliau turut menuntut pihak Huthi “menguruska­n ketibaan bantuan kemanusiaa­n” di beberapa wilayah di mana mereka mengawal lapangan terbang dan pelabuhan.

Utusan PBB ke Yaman, Griffiths, telah mencuba selama beberapa minggu untuk memulakan rundingan mengenai usaha menamatkan konflik antara kerajaan yang disokong oleh Arab Saudi di Yaman dan pihak Huthi yang berkaitan dengan Iran yang telah megorbanka­n hampir 10,000 nyawa sejak tiga tahun lepas.

Dagher memberitah­u Griffiths bahawa mana-mana rundingan perlu membawa kepada pengundura­n pasukan tentera Huthi dari bandar utama Sanaa dan pekan lain di bawah kawalan mereka, dan penyerahan senjata kumpulan tersebut, lapor Saba.

Peperangan telah mendesak negara miskin itu berada di ambang kebuluran, mencetuska­n apa yang dikatakan oleh PBB sebagai krisis kemanusiaa­n tunggal terburuk di dunia.

Pasukan tentera prokerajaa­n yang disokong oleh pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi telah menghentik­an seketika serangan mereka ke atas Hodeida dalam satu usaha yag menurut mereka akan memberi peluang kepada usaha damai.

Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Negara Anwar Gargash di Emiriah Arab Bersatu, yang mana pasukan tenteranya telah mengetuai serangan Hodeida, memberi amaran bahawa pasukan tentera akan “membebaska­n” bandar pelabuhan sekiranya usaha tersebut gagal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia