Utusan Borneo (Sabah)

Keselamata­n perairan Sabah diperkukuh

Dua NGPV tiba di Markas Pemerintah­an Armada Timur tahun depan

-

KOTA KINABALU: Dua lagi Kapal Peronda Generasi Baru (NGPV) akan tiba di Markas Pemerintah­anArmadaTi­mur, Tentera Laut Diraja Malaysia awal tahun depan.

Panglima Armada Timur, Datuk Abdul Rahman Ayob berkata dengan tibanya dua NGPV itu akan menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak empat NGPV di samping KD Selangor dan KD Kelantan yang telah tiba di Kota Kinabalu pada Januari dan Jun tahun ini.

“Dalam masa terdekat juga, dua kapal peronda laju akan dipindahka­n ke Sandakan bagi mengimbang­i keadaan pengoperas­ian di kawasan Sabah timur serta menjamin dan memperkuku­hkan keselamata­n perairan Sabah,” katanya.

Beliau berkatadem­ikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin sempena pelantikan beliau berkuatkua­sa 25 Jun lalu di Istana Negeri,pagi Isnin.

Turut hadir isteri Abdul Rahman, Datin Norinah Mustapha dan Panglima

“kapal peronda laju akan dipindahka­n ke Sandakan bagi mengimbang­i keadaan pengoperas­ian di kawasan Sabah timur serta menjamin dan memperkuku­hkan keselamata­n perairan Sabah. DATUK ABDUL RAHMAN AYOB Panglima Armada Timur

Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) yang baharu, Datuk Ganesh Navaratnam.

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjungan hormat Pesuruhjay­a Tinggi Kanada ke Malaysia, Julia G Bently yang bertujuan memaklumka­n pelantikan­nya serta membincang­kan perkembang­an hubungan bilateral Malaysia-Kanada dalam aspek ekonomi, pendidikan, pembanguna­n serta sosioekono­mi.

 ??  ?? ABDUL Rahman (dua dari kiri) menyerahka­n cenderaken­angan kepada Tun Juhar (tengah) sambil disaksikan oleh Toh Puan (dua dari kanan).
ABDUL Rahman (dua dari kiri) menyerahka­n cenderaken­angan kepada Tun Juhar (tengah) sambil disaksikan oleh Toh Puan (dua dari kanan).
 ??  ?? TUN Juhar (kanan) dan Julia (kiri) ketika penyampaia­n cenderaken­angan di Istana Negeri pagi tadi.
TUN Juhar (kanan) dan Julia (kiri) ketika penyampaia­n cenderaken­angan di Istana Negeri pagi tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia