Utusan Borneo (Sabah)

Andrew Liew dipilih naib presiden ACCCIM

- Oleh YUSOP TEPPO ANDREW Liew (tiga kiri) bersalaman dan mengucapka­n selamat ulangtahun kepada Tun Mahathir semasa ACCCIM meraikan ulang tahunnya ke-93.

KOTA KINABALU: Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt telah dipilih sebagai naib presiden Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM).

Sementara Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau Datuk Jimmy Tham dipilih sebagai ahli jawatankua­sa ACCCIM.

Pemilihan itu diadakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-72 ACCCIM pada Jumaat lepas (20 Julai), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tan Sri Ter Leong Yap dipilih semula sebagai presiden persatuan berkenaan manakala Datuk Liew Sew Yee sebagai timbalanny­a. Enam naib presiden dan 23 ahli jawatankua­sa juga dipilih dalam AGM itu.

AndrewLiew­berjanjiun­tuk melakukan yang terbaik bagi memupuk hubungan baik antara SUCCC dan ACCCIM.

Beliau juga berharap Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Shafie Apdal akan memberikan sokongan kepada SUCCC, seperti juga Mahathir kepada ACCCIM.

“Kami dan SUCCC, menyokong sepenuhnya Kerajaan Negeri Sabah. Kami berharap Ketua Menteri akan menyokong usaha persatuan kami untuk menggerakk­an ekonomi negeri bersamasam­a,” katanya.

Andrew Liew menambah bahawa ACCCIM akan menjadi tuan rumah Konvensyen Usahawan Cina Sedunia di Kuala Lumpur pada Ogos tahun depan, yang mana Perdana Menteri bersetuju untuk hadir.

 ??  ??
 ??  ?? TUN Mahathir memotong kek hari jadi sambil diperhatik­an yang lain, termasuk Andrew Liew (kiri).
TUN Mahathir memotong kek hari jadi sambil diperhatik­an yang lain, termasuk Andrew Liew (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia