Utusan Borneo (Sabah)

Belia perlu jadi pendesak, pengimbang dasar dan keputusan kerajaan: Wan Azizah

-

BANGI: Pemimpin belia perlu menjadi kumpulan pendesak yang berperanan mengimbang dasar dan keputusan dibuat kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata peranan pemimpin belia sebagai mekanisne semak-imbang tidak terhad kepada perkara berkaitanb­eliasahaja­sebaliknya mencakupi semua agenda reformasi kerajaan berkaitan kepentinga­n rakyat.

Di era Malaysia baharu, Dr Wan Azizah berkata pemimpin belia bebas mengkritik dan memberikan idea yang konstrukti­f kepada kerajaan selagi menjaga adab keagamaan dan tatsusila ketimuran yang tinggi.

“Zaman‘cultureoff­ear’sudah berlalu, pemimpin belia kini bebas mengkritik, memberikan idea yang membina kepada kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Tujuh Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini pada Isnin. Hadir sama Presiden MBM Mu’amar Ghadafi Jamal Jamaludin.

Timbalan Perdana Menteri turut menarik perhatian tentang hasrat kerajaan yang ingin melihat MBM memainkan peranan melahirkan kepimpinan yang berkaliber untuk negara, iaitu teras utama pertubuhan itu sejak ditubuhkan pada 1948.

Beliau mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk meyakinkan belia masa kini untuk menyertai pertubuhan belia berbanding era 70 hingga 90-an yang kebanyakan mereka melibatkan diri secara sukarela.

Katanya belia masa kini mempunyai minat dan kehendak yang pelbagai, malah sering mempersoal­kan tentang faedah yang mereka peroleh jika melibatkan diri dalam pertubuhan.

“Tetapi45.8peratusda­ripada 30.26 juta penduduk Malaysia adalah golongan belia, satu angka yang menggambar­kan peranan besar yang boleh dimainkan golongan itu kepada negara,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia