Utusan Borneo (Sabah)

SM St Mary juara keseluruha­n karate

Kejohanan Karate Antara Sekolah-Sekolah Bahagian Sandakan 2018

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary muncul johan keseluruha­n bagi kategori sekolah menengah dalam Kejohanan Karate Antara Sekolah-Sekolah Bahagian Sandakan 2018.

Sekolah berkenaan berjaya membawa pulang 5 emas, 4 perak dan 7 gangsa.

Manakala, naib johan disandang oleh Sekolah Menengah (SM) Sung Siew dengan kutipan 4 emas, 1 perak dan 8 gangsa.

Ia diikuti dengan SMK Telupid di tempat ketiga dengan kutipan 3 emas, 7 perak dan 9 gangsa.

Seramai 139 pelajar dari 17 buah sekolah menengah di sekitar Sandakan, Telupid, Kinabatang­an dan Beluran telah mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Sementara itu, bagi kategori sekolah rendah pula menyaksika­n Sekolah Kebangsaan (SK) Telupid muncul johan keseluruha­n dengan 5 emas, 3 perak dan 4 gangsa.

Manakala, SK Sung Siew sebagai naib johan dengan kutipan 4 emas, 3 perak dan 5 gangsa diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Hwa di tempat ketiga dengan 3 emas, 2 perak, 5 gangsa.

Seramai 189 murid dari 33 buah sekolah rendah di empatdaera­hiaituSand­akan, Telupid, Kinabatang­an dan Beluran mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Majlis penyampaia­n hadiah bagi kategori sekolah rendah telah disempurna­kan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon manakala bagi kategori sekolah rendah disampaika­n oleh Pengerusi Persatuan Karate Daerah Sandakan, Alex Lim.

Kejohanan berkenaan telah berlangsun­g di Dewan SK St Monica pada 21 dan 22 Julai baru-baru ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) FRANKIE (tiga, kiri) bersama pasukan SK Telupid selaku johan bagi kategori sekolah rendah. (Gambar kanan) ALEX (belakang, lima kanan) menyampaik­an piala pusingan kepada pasukan SMK St Mary.
(Gambar atas) FRANKIE (tiga, kiri) bersama pasukan SK Telupid selaku johan bagi kategori sekolah rendah. (Gambar kanan) ALEX (belakang, lima kanan) menyampaik­an piala pusingan kepada pasukan SMK St Mary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia