Utusan Borneo (Sabah)

Pito dipilih Pemain Terbaik bulan Jun

-

KOTA KINABALU: Penyerang import Sabah, Hector Omar Ramos Lebron terpilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan PemainBola­SepakProfe­sional Malaysia (PFAM)-asiana.my bagi bulan Jun.

Pemain dari Puerto Rico dengan nama panggilan Pito dalam kalangan rakan sepasukan itu mendapat undian tertinggi iaitu 52.74 peratus (663 undi) untuk menjadi pemain kedua Sabah meraih anugerah bulanan itu musim ini selepas penjaga gol, Robson Rendy Rining pada Februari lalu.

Pito menewaskan empat calon lain iaitu Thiago Agusto Fernandes dari Felda United (13.76peratus),Mugenthirr­an Ganesen dari MIFA (12.73 peratus), Darren Lok dari Johor Darul Ta’zim II (11.38 peratus) dan Akanni Sunday dari Terengganu FC II (9.39 peratus).

Pemain berusia 29 tahun itu menerima sebuah trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my, wang tunai RM500 sumbangan 139 Associates dan MK, jersi tajaan PaddyGear, produk minyak wangi tajaan BB7, kasut sukan tajaan AY Sports dan perapi rambut tajaan Major Pomade.

“Saya gembira kerana mendapat anugerah ini dan sudah pasti ianya tidak akan berlaku tanpa sokongan daripada rakan sepasukan yang banyak membantu saya untuk menjaringk­an gol.

“Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada semua pegawai pasukan terutama ketua jurulatih, Jelius Ating, pihak pengurusan, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dan tidak dilupakan kepada PFAM,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah itu di Stadium Likas pada Isnin.

Pito menjaringk­an empat gol daripada empat perlawanan sepanjang Jun dan kini merupakan penyumbang utama jaringan Sabah dalam saingan liga dengan 13 gol termasuk dua gol ketika membantu Sabah menang 3-0 ke atas Felcra di Stadium Likas pada Ahad.

Anugerah dan hadiahhadi­ah berkenaan disampaika­n pemangku presiden SAFA, Datuk Yusof Kassim dan Bendahari PFAM, Rudie Ramli.

Turut bersama adalah Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Joehari Ayub, presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.

Sebelum ini, penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining turutmener­imaanugera­hsama bagi bulan Februari.

 ??  ?? - Gambar BERNAMA PITO semasa menerima anugerah Pemain Terbaik bagi bulan Jun di Stadium Likas pada Isnin.
- Gambar BERNAMA PITO semasa menerima anugerah Pemain Terbaik bagi bulan Jun di Stadium Likas pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia