Utusan Borneo (Sabah)

Sabah layak ke Piala M’sia

Masih berpeluang layak ke Liga Super

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kemenangan ke atas Felcra FC bukan sahaja mengesahka­n tempat Sabah ke saingan Piala Malaysia tetapi menangguhk­an pengisian baki satu tempat ke Liga Super musim depan yang diperuntuk­kan kepada dua pasukan teratas Liga Premier ditentukan pada perlawanan terakhir.

“Sasaran ke Piala Malaysia sudah tercapai manakala tempat ke Liga Super hanya akan diketahui selepas perlawanan terakhir dan Sabah antara yang masih berpeluang. Saya rasa kita sudah ada pencapaian yang boleh diceritaka­n musim ini.

“Dalam saingan Piala Malaysia (yang diperuntuk­kan kepada lima pasukan teratas Liga Premier dan 11 pasukan LIga Super) misalnya, musim ini adalah yang pertama kita layak selepas hampir tujuh tahun nama Sabah tiada dalam saingan paling berprestij negara itu,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Likas pada Ahad.

Pada perlawanan itu Sabah menang 3-0 ke atas Felcra untuk kedua-dua pasukan serta MISC-MIFA terus bersaing sehingga ke perlawanan terakhir Jumaat ini bagi merebut baki satu tempat mengiringi pendahulu carta liga, Felda ke Liga Super.

Sabah mendahului 2-0 pda separuh masa pertama hasil jaringan menerusi percubaan Maxsius Musa pada minit ke16 dan sepakan penalti Hector Omar Ramos Lebron (Pito) pada minit ke-45.

Pito kemudian menjadi wira dengan jaringan kedua peribadi untuk gol ketiga Sabah ketika permainan baru bersambung dua minit selepas rehat.

“Ia ada perlawanan liga terakhir kami di gelanggang sendiri musim ini dan pasukan telahmembe­rikanperse­mbahan yang saya fikir terbaik musim ini. Saya fikir ia hadiah terbaik kami untuk semua.

“Saya berterima kasih kepada semua pemain..saya sangat kagum dengan usaha dan prestasi mereka, bagi saya ia bukan sesuatu yang baru kerana kalau kita tengok inilah prestasi yang kita mahu dan saya percaya mereka masih boleh melakukan lebih daripada itu.

“Kita sentiasa cuba memperbaik­i setiap kelemahan termasuk membawa pemain menonton semula rakaman video perlawanan, ternyata prestasime­rekaterusm­eningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

Jelius berkata, banyak pencapaian lain lagi yang boleh dibanggaka­n pasukan Sabah pada tahun ini kerana selain layak ke Piala Malaysia, dua pemain mereka diberi anugerah pemain terbaik bulanan.

“Selain itu, beberapa pemain kita dipanggil menyertai pasukan kebangsaan dan saya rasa semua pencapaian ini sangat bermakna selepas pasukan ini agak terumbang ambing sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Kemenangan pada Ahad memberikan mata ke-28 untuk Sabah kembali ke kedudukan keempat dan kini hanya tiga mata di belakang Felcra di tangga kedua dengan 31 mata manakala MISC-MIFA ditangga ketiga dengan 29 mata.

Kelebihan berpihak kepada Felcra dan MISCMIFA untuk merebut tempat mengiringi Felda (42 mata) ke Liga Super.

Sabah hanya ditinggalk­an dengan peluang dalam situasi mesti menang perlawanan terakhir menentang PDRM di tempat lawan dan pada masa yang sama mengharap dua pasukan di atas itu kecundang.

Jadual terakhir Liga Premier menyaksika­n JDT II menentang UKM pada 26 Julai manakala selebihnya pada 27 Julai iaitu PDRM menentang Sabah, Felcra menentang Sarawak, Terengganu II menentang MISC-MIFA dan Pulau Pinang menentang Felda.

“Sasaran ke Piala Malaysia sudah tercapai manakala tempat ke Liga Super hanya akan diketahui selepas perlawanan terakhir dan Sabah antara yang masih berpeluang. Saya rasa kita sudah ada pencapaian yang boleh diceritaka­n musim ” ini. JELIUS ATING Ketua jurulatih Sabah

 ?? BERNAMA ?? PITO bersama tetamu-tetamu kehormat termasuk dari PFAM, FAM, SAFA dan rakan-rakan sepasukan semasa majlis penyampaia­n Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM)-asiana.my bagi bulan Jun di Stadium Likas...
BERNAMA PITO bersama tetamu-tetamu kehormat termasuk dari PFAM, FAM, SAFA dan rakan-rakan sepasukan semasa majlis penyampaia­n Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM)-asiana.my bagi bulan Jun di Stadium Likas...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia