Utusan Borneo (Sabah)

Perak hadapi tugas getir kekalkan kedudukan liga

-

IPOH: Perak berdepan tugas getir untuk mengekal kedudukan kedua Liga Super Malaysia 2018 selepas sekadar terikat 0-0 dengan Kedah di Stadium Perak, di sini malam Ahad.

Pengendali­nya Mehmet Durakovic bagaimanap­un tekad dalam memastikan Perak mencapai kemenangan dalam aksi menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Sabtu ini bagi merealisas­ikan sasaran itu.

“Kita tahu ia bukan tugas mudah kerana bermain di gelanggang lawan, namun dengan kemampuan pemain, saya percaya mereka mampu mengekalka­n kedudukan pasukan pada ketika ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan malam Ahad.

Dalam aksi pada Ahad, Perak yang beraksi di hadapan lebih 7,000 penonton sendiri gagal meraih kemenangan walaupun Kedah turun tanpa tiga pemain import utamanya iaitu Liridon Krasniqi, Paulo Rangel dan Andik Vermansyah.

Mengulas mengenai perlawanan itu Mehmet yang juga bekas pemain kebangsaaa­n Australia menjelaska­n kedua-dua pasukan mempamerka­n persembaha­n menghiburk­an, namun ketiadaan penyudah berkesan sedikit mencacatka­n tempo permainan.

Sementara itu, pengurus Kedah Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata keputusan seri itu amat bermakna dalam usaha pasukannya untuk bersaing merebut kedudukan ketiga dalam liga.

Katanya ketiadaan Krasniqi, Vermansyah akibat kecederaan cedera dan Rangel yang digantung perlawanan amat memberi kesan selain Kedah terpaksa bergantung harap kepada beberapa pemain muda daripada skuad piala presiden.

Dalam perkembang­an lain, beliau memberi jaminan akan melepaskan tiga tonggak utama pasukan untuk menjalani latihan pusat skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, bulan depan.

Tiga pemain tersebut Mohd Rizal Mohd Ghazali, Badrol Bakhtiar dan Mohd Ifwat Akmal Che Kassim akan dilepaskan selepas pertembung­an terakhir Liga Super menentang PKNP di Stadium Darul Aman, 29 Julai ini.

Katanya walaupun mengakui pemergian mereka sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pasukan, namun panggilan untuk mewakili skuad negara perlu diberi keutamaan.

Pada 22 Julai lalu jurulatih Skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee meluahkan kekecewaan kerana terdapat beberapa pasukan enggan melepaskan pemain bagi terus beraksi dalam kempen Piala Malaysia yang dijadual bermula awal Ogos depan.

Kim Swee dalam kenyataann­ya turut berpendapa­t ia adalah masalah utama yang akan menjejaska­n strateginy­a untuk mempersiap­kan skuad terbaik bagi menghadapi temasya sukan itu. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia