Utusan Borneo (Sabah)

SMKA Keningau juara bola sepak

-

KENINGAU: Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Keningau muncul sebagai johan Kejohanan Bola Sepak SMKA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK) peringkatn­egeriSabah­setelah mengalahka­n Pasukan SABK Islamiah Tawau 3-0 pada pertanding­an akhir yang diadakan di padang SMKA Keningau baru-baru ini.

Jaringan gol dilakukan oleh Mohd Habibullah Mohd Asrin dan Mohd Izzat Emir Zaki Yudin melalui sepakan penalti pada minit ke-19 dan 21 pada perlawanan separuh masa pertama. Manakala jaringan gol ketiga dilakukan oleh Mohd Azim Zulkifle hasil rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke 34 perlawanan separuh masa kedua.

Sebanyak sembilan pasukan telah mengambil bahagian pada kejohanan tersebut terdiri daripada pasukan SMKA Kota Kinabalu, SMKA Tun Ahmad Shah, SMKA Tun Sakaran Semporna, SMKA Limauan Kimanis, SMKA Tun Juhar Sandakan, SMKA Mohd. Ali Ranau, SMKA Tun Said Kota Belud, SABK Islamiah Tawau dan SMKA Keningau.

Tempat ketiga disandang oleh SMKA Tun Juhar Sandakan. Manakala tempat keempat jatuh kepada SMKA Mohd Ali Ranau

Pasukan SMKA Keningau juga turut memenangi anugerah pemain terbaik keseluruha­n melalui Mohd Izzat Emir Zaki Yudin dan penjaga gol terbaik keseluruha­n oleh Jayde Mizal Jalimin.

Sementara itu, SMKA Kota Kinabalu pula memenangi anugerah Fair Play Kejohanan Bola Sepak SMKA/SABK peringkat negeri Sabah

Pengerusi Kejohanan yang juga Pengetua SMKA Keningau Ustaz Haidon Hadi Sapiri berkata bahawa objektif kejohanan bola sepak diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para pemain untuk bertanding di peringkat negeri bagi sekolah aliran SMKA di samping sebagai riadah dan silaturahi­m antara SMKA yang terletak jauh antara SMKA.

Tambah beliau, dengan adanya kejohanan seperti itu sudah tentu dapat merealisas­i akal yang cerdas pada tubuh yang sihat selain melatih kawalan sikap sabar dan toleran dalam sukan yang lasak.

Kejohanan kali yang ketiga ini juga turut memberi fokus kepada keseimbang­an insan sesuai dengan falsafah pendidikan negara ujarnya sambil mengucapka­n tahniah kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Menurut Haidon para pemain kali ini diberi ruang masa yang cukup untuk bermain berbanding dengan kejohanan sebelumnya pemain hanya bermain dalam masa yang begitu singkat.

Oleh itu, beliau berharap agar kejohanan selama tiga hari ini dapatlah dijadikan sebagai kenangan manis dan sesi pembelajar­an yang berguna untuk semua.

Apa yang penting lagi katanya ialah kejohanan seumpama ini seharusnya dapat memupuk sikap kerjasama dalam rakan sepasukan walau pelbagai bangsa.

Kejohanan Bola Sepak SMKA dan SABK peringkat negeri Sabah telah dirasmikan oleh Penyelia SAR Kafa dan koKurikulu­m SMKA dan SABK Ustaz Mohd. Azhari Mohd. Khair.

Turut hadir pada majlis penyampaia­n hadiah kejohanan tersebut ialah Ketua Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) Keningau Kapten Mohd Rizal Zakaria.

Barisan pemain SMKA Keningau terdiri daripada Jayde Mizal, Mohd Habibullah Mohd Asrin, Mohd Faiz Sahidi@Rosdi, Mohd Ridwan Ismail, Khaiurl Affendi Joseph, Muhd Iqbal Haqq, Iqbal Qhairi Naidu Veera Vicrum Naidu, Mohd Azim Zulkifle, Amirul Husni Khairul Anuar, Nor Azman Mohd Ridzuan, Mohd Izzat Emir Zaki Yudin, Irfan Irshyad Jupilin, Nur Ikhsan Ali, Muhammad Syah Nabil Ahmad Salaman, Mohd Hafiz Hakimi, Abdul Muiz, Muhammad Danial, Muhammad Al Hadi, Abdul Azim, Raja Mohd Hazwan(Pengurus Pasukan), Hamiun Suani(Ketua Jurulatih), Azrul@ Edward William(Penolong Jurulatih), dan Sabkhi Sahimin(Perubatan)

Manakala Pasukan SMA Islamiah Tawau dibarisi oleh Muhammad Afif Abdullah, Muhammad Naqiuddin Anuar, Mohamad Khairul Naim, Mohamad Farid Syahmi Pataral, Syed Hasyim Shaikh, Muhammad Khair Muizzudin, Muhammad Tawfiq Hiwayat, Muhd Izz Lutfi, Mohd Harun, Syafiq Asyari, Mohd Fadkiansya­h, Muhammad Aiman Suahmi, Muhammad Suahmi Aniq, Muhammad Haiqai Huzair, Muhammad Taqiuddin Ukail, Muhammad Hanif, Asman Mohd Ali(Pengurus Pasukan) dan Adzlan Robinson (Jurulatih).

 ??  ?? PENJAGA gol terbaik Jayde Mizal Jalimin dari SMKA Keningau mernerima piala daripada Mohd Azhari.
PENJAGA gol terbaik Jayde Mizal Jalimin dari SMKA Keningau mernerima piala daripada Mohd Azhari.
 ??  ?? PEMAIN terbaik Mohd Izzat Emir Zaki Yudin dari SMKA Keningau menerima piala daripada Mohd. Azhari. Turut kelihatan dalam gambar ialah Hamiun Suani (kiri), Kapten Mohd Rizal(kanan sekali) dan Haidon(dua dari kanan).
PEMAIN terbaik Mohd Izzat Emir Zaki Yudin dari SMKA Keningau menerima piala daripada Mohd. Azhari. Turut kelihatan dalam gambar ialah Hamiun Suani (kiri), Kapten Mohd Rizal(kanan sekali) dan Haidon(dua dari kanan).
 ??  ?? SMKA Keningau johan Kejohanan Bola Sepak SMKA dan SABK Peringkat Negeri Sabah.
SMKA Keningau johan Kejohanan Bola Sepak SMKA dan SABK Peringkat Negeri Sabah.
 ??  ?? PASUKAN SABK Islamiah Tawau naib Johan Kejohanan Bola Sepak SMAK dan SABK Peringkat Negeri Sabah.
PASUKAN SABK Islamiah Tawau naib Johan Kejohanan Bola Sepak SMAK dan SABK Peringkat Negeri Sabah.
 ??  ?? PENYELIA SAR Kafa dan Kurikulum SMKA dan SABK Ustaz Mohd. Azhari Mohd. Khair(kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Pengetua SMKA Keningau Ustaz Haidon Hadi Sapiri(kanan).
PENYELIA SAR Kafa dan Kurikulum SMKA dan SABK Ustaz Mohd. Azhari Mohd. Khair(kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Pengetua SMKA Keningau Ustaz Haidon Hadi Sapiri(kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia