Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif kumpul dana tambahan

SMK Labuan Charity Fun Run and Ride 2018 dapat sambutan menggalakk­an

-

ACARA SMK Labuan Charity Fun Run and Ride 2018 mendapat sambutan yang menggalakk­an apabila disertai hampir 700 peserta dalam dan luar negara.

Acara yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun pada Ahad lalu itu disertai 620 peserta yang membabitka­n 341 bagi acara Ride, manakala 284 peserta acara Fun Run.

Seramai 134 peserta dari Labuan menyertai acara Ride di samping 109 dari Brunei Darussalam, 87 dari Sabah dan 14 dari Sarawak.

Acara Fun Run pula disertai 22 pelari dari Sabah, 3 dari Brunei Darussalam dan 258 merupakan peserta tuan rumah, Wilayah Persekutua­n Labuan.

Majlis pelepasan peserta disempurna­kan oleh Yang DiPertua PIBG SMKL, Haji Md Yusof Haji Chuchu pada pukul 6.30 pagi.

Turut hadir Pengetua SMK Labuan merangkap Penasihat PIBG SMK Labuan, Ismail Abdullah. Zalina Zunkepely (PK Pentadbira­n) dan Cheah Teong Aik (Penolong Kanan Kokurikulu­m serta Penolong Kanan Tingkatan 6, Saminan Sabtu.

Charity Fun Run and Ride yang dianjurkan PIBG SMK Labuan itu diadakan sebagai salah satu inisiatif PIBG SMK Labuan untuk mengumpul dana tambahan yang diperlukan untuk membantu pihak sekolah membiayai programpro­gram akademik, kokurikulu­m, sahsiah dan sebahagian keperluan asas seperti meja dan kerusi kelas.

Pengetua SMK Labuan merangkap Penasihat PIBG SMK Labuan, Ismail Abdullah mengucapka­n terima kasih kepada semua peserta dari dalam dan luar negara yang menyertai acara yang julung kali diadakan itu.

Katanya, kehadiran ramai peserta termasuk dari Brunei Darussalam itu bukan sahaja memeriahka­n acara tersebut tetapi juga menjana ekonomi dan merancakka­n lagi industri pelanconga­n Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kehadiran peserta dari Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak turut membantu menceriaka­n acara SMK Labuan Fun Run and Ride 2018 yang julung kalinya dianjurkan PIBG SMK Labuan,” katanya.

Ini termasuk penyertaan 35 orang ahli Brunei Folding Bike Club (BFBC) dan 30 ahli Best Cycling Team Tutong dari Brunei Darussalam yang diketuai Haji Aminudin Haji Abd Karim.

Ismail tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada Pengarah Urusan Labuan Liberty Port Management (LLPM) Sdn Bhd, Dato’ Sri Mohd Alias Abd Rahman, Perbadanan Labuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam, Rela dan Beta Service Apartment serta JHK Events yang turut bekerjasam­a menjayakan program berkenaan.

Ucapan terima kasih juga beliau tujukan kepada Penyelaras Program, Jaya Haji Masir, Ketua Marshall Ride, Jamil Haji Kario, semua guru dan staf, AJK PIBG dan pelajar Tingkatan Enam SMK Labuan selaku AJK Pelaksana SMK Labuan Fun Run and Ride 2018.

“Sudah tentu ucapan terima kasih kami tujukan kepada orang perseorang­an dan kumpulan, badan bukan kerajaan (NGO) dan alumni yang turut menyumbang­kan kewangan dan tenaga. Kejayaan penganjura­n program ini adalah disebabkan komitmen pelbagai pihak di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Sementara itu, murid SJKC Tsi Sin, Tenom, Melsheira Jumit, 11, muncul juara kategori Terbuka Wanita selepas mencatat 24 minit, 10.57 saat, manakala pasangan adik-beradik, Jessica dan Stella Suip yang berasal dari Kuala Penyu meraih tempat kedua dan ketiga.

Sementara atlet SMK Labuan, Mohd Alias Junaidi muncul juara kategori Terbuka Lelaki dengan catatan 18 minit 32.51 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Benry dan Kamarul Iqhwan Asiran.

Juara, kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300, RM200 dan RM100 serta medal manakala hadiah saguhati tempat keempat hingga ke-10 menerima RM50.

Peserta juga pulang ceria selepas menerima hadiah bertuah termasuk barangan elektrik, peralatan sukan, hamper serta baucar penginapan dan makanan.

Ismail yakin kerjasama, komitmen dan kesungguha­n semua pihak itu akan menaikkan semangat warga guru dan AJK PIBG untuk terus meningkatk­an kecemerlan­gan SMK Labuan dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

 ??  ??
 ??  ?? YUSOF (tiga kanan) dan Ismail (tiga kiri) bersama pemenang kategori Terbuka Lelaki yang dimenangi Mohd Alias Junaidi (berdiri, dua kanan).
YUSOF (tiga kanan) dan Ismail (tiga kiri) bersama pemenang kategori Terbuka Lelaki yang dimenangi Mohd Alias Junaidi (berdiri, dua kanan).
 ??  ?? MELSHEIRA Jumit (berdiri, tiga kanan) dan pemenang kategori Terbuka Wanita bersama Yusof (empat kanan) dan Ismail (tiga kiri).
MELSHEIRA Jumit (berdiri, tiga kanan) dan pemenang kategori Terbuka Wanita bersama Yusof (empat kanan) dan Ismail (tiga kiri).
 ??  ?? PESERTA bertuah menerima hadiah daripada Zalina Zunkepely dan Cheah Teong Aik.
PESERTA bertuah menerima hadiah daripada Zalina Zunkepely dan Cheah Teong Aik.
 ??  ?? PENUNGGANG basikal dari Brunei Darussalam turut memeriahka­n Fun Ride SMK Labuan 2018.
PENUNGGANG basikal dari Brunei Darussalam turut memeriahka­n Fun Ride SMK Labuan 2018.
 ??  ?? PESERTA Ride bersedia di garisan permulaan sebelum pelepasan oleh Yusof.
PESERTA Ride bersedia di garisan permulaan sebelum pelepasan oleh Yusof.
 ??  ?? ISMAIL (kiri) bersama Yusof menyampaik­an hadiah bertuah.
ISMAIL (kiri) bersama Yusof menyampaik­an hadiah bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia