Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘3096 Days’ papar kisah benar jenayah penculikan kanak-kanak

-

KISAH benar jenayah penculikan seorang kanakkanak perempuan berumur sepuluh tahun di Vienna, Austria yang telah dikurung dalam sebuah bilik kecil di bawah tanah selama lapan tahun dikongsika­n Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tayangan filem Inggeris bertajuk ‘3096 Days’.

Disiarkan pada jam 9.30 malam ini (24 Julai 2018) di TV2, filem arahan Sherry Hormann yang menampilka­n lakonan mantap Ulla Geiger, Amelia Pidgeon, Antonia CampbellHu­ghes, Thure Lindhardt dan Trine Dyrholm ini memaparkan kisah benar mengenai seorang remaja perempuan Austria bernama Natascha Maria Kampusch yang telah diculik ketika berusia 10 tahun pada 2 Mac 1998.

Dia telah dikurung di sebuah bilik di bawah tanah selama lebih lapan tahun sehingga dia melepaskan diri pada 23 Ogos 2006. Walau pun pihak polis telah membuat pencarian secara besar-besaran Natascha tidak dapat dikesan.

Semasa lapan tahun dalam kurungan Kampusch telah dikurung dalam sebuah bilik kecil di bawah tanah.

Layanan yang beliau terima bertukar-tukar di antara baik dan kejam.

Priklopil memberikan­nya buku dan makan bersamasam­anya serta membelinya pakaian dan juga hadiah semasa perayaan Krismas. Pada masa yang sama Natascha juga telah dipukul, didera secara fizikal dan diperkosa beberapa kali oleh penculik.

Pada satu hari, Kampusch membantu Priklopil untuk member-sihkan vannya dan semasa sibuk bekerja penculikny­a menerima panggilan telefon. Disebabkan bunyi bising dari alat vakum, beliau berjalan ke arah lain untuk bercakap.

Kesempatan yang ada digunakan oleh Natascha untuk melarikan diri.

Natascha akhirnya berjaya meloloskan diri daripada penjara ciptaan penculikny­a itu. Dia membuat laporan polis bagi memastikan penjahat tersebut mendapat hukuman yang setimpal.

Sementara itu, penculik bertekad beliau tidak mahu ditangkap oleh polis dan mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan berdiri di tengah-tengah landasan keretapi yang sedang bergerak.

Namun adakah percubaann­ya itu berjaya? Dapatkah Natascha menuntut keadilan untuk dirinya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia