Utusan Borneo (Sabah)

Murid SK Patau-Patau gembira kenali Taman Burung Labuan

-

SERAMAI 40 murid dari Sekolah Kebangsaan Patau-Patau (SKPP) berpeluang melawat Taman Burung Labuan menerusi Program Generasiku anjuran Jabatan Penyiaran Labuan dengan kerjasama Jabatan Veteriner Labuan.

Rombongan sekolah diketuai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Patau-Patau, Talib Ahmad serta guru pengiring, Omar Ali Dullah dan Norhayati Muhamad Hasan.

Penerbit Program, Godfrey Lee berkata, program siri ke-4 yang diadakan pada tahun ini, bertujuan memberi peluang kepada murid untuk lebih mengetahui dengan lebih mendalam dengan hidupan burung dan unggas yang terdapat di taman berkenaan.

Di samping itu, ia memperkena­l dan mendekatka­n muridmurid kepada RTM Labuan, serta mengenali pengacara Labuanfm dan juga pastinya mengetahui peranan media dalam menyiarkan maklumat dan hiburan.

Peserta dibawa melawat ke setiap tunnel dan dome dan diberi penerangan oleh petugas Taman Burung, menjawab soalan secara berkumpula­n dan kuiz.

Murid-murid cukup gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan ada juga yang merupakan pertama kali mengikuti rombongan sekolah dan diberi taklimat dengan terperinci berkenaan hidupan yang terdapat di Taman Burung berkenaan.

Turut hadir Pengarah Veteriner Labuan, Dr. Marysia James Abie dan Ketua Bahagian Rancangan Labuanfm, Wahidah Abdullah.

Menurut Pengarah Veteriner Labuan, Dr. Marysia James Abie, taman itu kini menempatka­n 500 ekor burung pelbagai spesies Borneo dan eksotik dan yang sering menjadi tumpuan ialah burung merak dan nuri kelabu.

Selain berperanan sebagai menjana industri pelanconga­n, taman itu diwujudkan untuk pemulihara­an burung dan telah berjaya membiak burung secara semula jadi.

Katanya, setiap minggu Taman Burung Labuan menerima lawatan daripada murid sekolah dan ia selaras dengan Kempen Kesedaran Saya Sayang Haiwan.

Pada tahun lepas, seramai 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara melawat Taman Burung Labuan.

Sementara itu, Wahidah mengucapka­n terima kasih kepada Taman Burung Labuan yang memberikan kerjasama padu dalam menjayakan program bermanfaat itu.

“Terima kasih juga kepada SK Patau-Patau yang turut menjayakan program RTM dan Labuanfm itu,“katanya.

 ??  ?? MURID SK Patua-Patau bersama staf RTM Labuan di Taman Burung Labuan.
MURID SK Patua-Patau bersama staf RTM Labuan di Taman Burung Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia