Utusan Borneo (Sabah)

JPAS, CEEA anjur seminar tindakan perubahan iklim

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan­danAlamSek­itar (KePKAS) melalui Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar (JPAS) dan Persidanga­n Persekitar­an Bumi daripada Akita (CEEA), Jepun bekerjasam­a menganjurk­an seminar mengenai Tindakan Perubahan Iklim.

Seminar itu bertujuan berkongsi maklumat mengenai perubahan iklim dan potensi mitigasi serta meningkatk­an kesedaran khususnya untuk mengubah tingkah laku individu terhadap perlindung­an pemanasan global.

Seminar itu diadakan di sebuah hotel di sini dan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Assaffal P. Alian.

Seramai 60 wakil dari jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), universiti tempatan, ahli Rangkaian Pendidikan Alam Sekitar Sabah (SEEN), guru sekolah, para pelajar daripada sekolah menengah Jepun menghadiri seminar itu.

Assaffal berkata ia adalah kali ketiga berturut-turut KePKAS melalui JPAS bekerjasam­a dengan CEEA menganjurk­an seminar tersebut.

Katanya, KePKAS telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan CEEA pada 24 Mac 2017, untuk tempoh tiga tahun dari Mac 2016 hingga Mac 2019.

Beliau berkata, berdasarka­n kepada MoU itu, seminar ini merupakan perkongsia­n terakhir dengan pemegang kepentinga­n di Sabah oleh CEEA.

“Namun lanjutan program kesedaran untuk perubahan iklim akan diteruskan di bawah bumbung JPAS sebagai pusat perubahan iklim di Sabah,” katanya.

Katanya, sehingga kini JPAS telah menubuhkan rakan kongsi rapat dengan Peguam Negeri, Jabatan Alam Sekitar Sabah, Tapak Tanah Lembab Ramsar Kota Kinabalu dan SMK Taman Tun Fuad.

Para pencermah dari CEEA akan membincang­kan tentang keadaan pemanasan global dan langkahlan­gkah mempertaha­nkan pemanasan global di Jepun dan tindakan yang mungkin berlaku untuk memberi perhatian terhadap isu perubahan iklim.

Turut hadir Setiausaha Tetap KePKAS Datuk Rosmadi Datu Sulai, Pengarah JPAS Haji Mohd Yusrie Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Pusat Tindakan Perubahan Iklim Jepun Kazuyoshi Koba dan Ketua Pengarah CEEA Mariko Fukuoka.

 ??  ?? ASSAFFAL (tiga dari kiri) menerima cenderahat­i daripada Yusrie (kanan). Turut kelihatan Rosmadi, Fukuoka dan Koba.
ASSAFFAL (tiga dari kiri) menerima cenderahat­i daripada Yusrie (kanan). Turut kelihatan Rosmadi, Fukuoka dan Koba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia