Utusan Borneo (Sabah)

SMK Psentren Abdul Taib Mahmud lawat SMK Badin

-

TUARAN: Seramai 10 warga SMK Psentren Abdul Taib Mahmud, Samarahan, Sarawak mengunjung­i SMK Badin, di sini melalui Program Penanda Aras pada Isnin.

Ketibaan rombongan SMK Psentren Abdul Taib Mahmud, Samarahan yang diketuai sendiri oleh pengetuany­a, Seraya Sulaiman, bersama Penolong Kanan Pentadbira­n Nordi Haji Morsidi dan Penolong Kanan Kokum Norseri Merias, disambut secara sederhana tetapi meriah oleh hos Coopistac SMK Badin dengan Tarian Sambut Tamu sebelum sesi bergambar.

Rombongan Bumi Kenyalang ini turut diberi taklimat berkaitan pelaksanaa­n aktiviti Coopistac SMK Badin oleh wakil Coopistac SMK Badin, Nur Nathalia Mohd. Iqbal.

Jurucakap SMK Psentren berkata, tujuan lawatan mereka ialah untuk memberi pendedahan kepada ahli lembaga koperasi sekolah mengenai pengurusan sesebuah koperasi, sambil berharap Koperasi SMK Psentren mampu mencapai kejayaan sama seperti dicapai SMK Badin.

Rombongan Koperasi SMK Psentren turut mengunjung­i kedai koperasi dan pusat operasi Coopistac SMK Badin, seterusnya dibawa melawat Taman Mini Replika SMK Badin.

Sepanjang berada di SMK Badin, rombongan SMK Psentren diiringi oleh barisan pentadbira­n SMK Badin iaitu Pengatua Zamli Mantamin, Penolong Kanan Pentadbira­n Roslan Madisal, Penolong Kanan HEM Noryusni Mohd Yusop dan Penolong Kanan Kokum Tg6, Fatimah Hj Jeman.

Ketika berada di Sabah, rombongan berkenaan sempat berkunjung ke Kundasang sambil menikmati keindahan panorama alam di Desa Cattle, Ladang Teh, Nalapak dan Pusat Tagal di Kg. Luanti, Ranau. Rombongan ini turut mengunjung­i Arah Villa Homestay, daerah Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia