Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Makkah

-

MAKKAH:Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Makkah dari Madinah kira-kira 1 pagi waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) dan menerima sambutan meriah daripada petugas Tabung Haji (TH) di sini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata kumpulan jemaah itu kemudian dibawa menunaikan umrah pada 6 pagi, selepas berehat seketika di bilik masing-masing.

“Alhamdulil­lah, seramai 478 jemaah haji daripada kumpulan pertama ini selamat tiba di Makkah menaiki 11 bas yang bertolak dari Madinah kira-kira 6 petang waktu tempatan.

“Kebiasaann­ya, waktu perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa empat hingga lima jam, namun setelah mengambil kira waktu berhenti rehat di kawasan RnR (rehat dan rawat) untuk makan dan bersolat, masa perjalanan boleh menjangkau hingga tujuh jam,” katanya yang ditemui semasa majlis sambutan jemaah haji KT01 di Maktab 74 di sini, pada Isnin.

Bagi perjalanan kumpulan pertama itu, beliau berkata jemaah mengambil masa kirakira satu jam setengah untuk berhenti makan dan solat maghrib serta isyak di RnR yang ditetapkan pihak TH.

“Kita telah arahkan petugas terlibat untuk memeriksa setiap RnR di sepanjang lebuh raya dari Madinah ke Makkah dan memilih RnR yang terbaik dari segi kemudahan tempat makan serta kebersihan tandas,” katanya lagi.

Mengenaisa­mbutanketi­baan jemaah haji di Makkah oleh petugas haji di sini, Syed Salled berkata ia bergantung kepada cara dan perancanga­n pengurus maktab masing-masing.

“Mungkin caranya (sambutan) berbeza, tetapi Insya-Allah bakal haji kita akan disambut dengan baik oleh pengurus dan petugas di kesemua maktab apabila mereka tiba kelak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata terdapat seorang jemaah haji yang dibawa lebih awal ke Makkah berikutan masalah kesihatan, bagaimanap­un jemaah tersebut terus dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans bagi mendapatka­n rawatan.

Setakat Isnin, beliau berkata sebanyak 20 penerbanga­n catar haji Malaysia telah selamat mendarat di Arab Saudi, membawa hampir 10,000 jemaah haji dari tanah air.

Kumpulan jemaah haji Malaysia yang terakhir dijadualka­n tiba di Jeddah pada 15 Ogos. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? SYED Salleh (dua, kiri) menyambut ketibaan kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia dari Madinah pada Isnin. -
Gambar BERNAMA SYED Salleh (dua, kiri) menyambut ketibaan kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia dari Madinah pada Isnin. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia