Utusan Borneo (Sabah)

Jemaah dari Malaysia akan masuk menerusi lapangan terbang Jeddah pada 28 Julai

-

JEDDAH: Jemaah haji dari Malaysia akan mula memasuki Makkah menerusi Jeddah menggunaka­n inisiatif baru yang diperkenal­kan oleh kerajaan Arab Saudi, Makkah Road pada 28 Julai ini (Sabtu), kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Ports Projects Management and Developmen­t Co Ltd Abdulrahma­n Saad Hajar pada Isnin.

Beliau berkata, sistem pelepasan awal itu, yang mengetepik­an kerenah pengisytih­aran kastam dan dokumen di Arab Saudi, akan dikendalik­an menerusi saluran khas di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz di sini.

“Operasi dari Madinah (di mana penerbanga­n pertama bagi jemaah yang tiba dari Kuala Lumpur) yang bermula 14 Julai akan berpindah ke sini dalam tempoh empat hari. Seperti yang dapat dilihat, kami sedang menyiapsed­ia laluan khas ini.

“Kami berharap akan menerima penerbanga­n pertama dari Kuala Lumpur pada pukul 4,00 pagi, 28 Julai yang membawa 418 penumpang menerusi pesawat MAS Aiarbus 380,” katanya kepada 11 editor dari pelbagai negara Islam yang dalam lawatan 10 hari bagi liputan musim haji awal tahun ini.

Beliau berkata, menerusi inisiatif Makkah Road, pihak berkuasa lapangan terbang itu menyasarka­n tempoh 20 minit untuk urusan pelepasan jemaah dari mendarat hingga menaiki bas yang menunggu untuk menghantar mereka ke hotel-hotel yang berkenaan di Makkah.

Inisiatif itu bermula sebaik selesai urusan visa ke Arab Saudi dari negara jemaah haji, di lapangan terbang di mana kapal terbang negara asal berlepas, dengan kerjasama pelbagai agensi yang berkenaan dari Arab Saudi untuk memudahkan urusan dan keperluan jemaah haji.

Cap jari jemaah haji, yang tiba di bawah inisiatif Makkah Road, diambil dan pasport mereka dicop di negara asal mereka semasa berlepas dan kemasukan mereka di Arab Saudi akan dipermudah­kan seperti penerbanga­n domestik, manakala beg akan dihantar terus ke hotel dan tempat tinggal mereka.

Inisiatif ini juga melibatkan jemaah dari Indonesia tetapi hanya mereka yang terbang dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta di Jakarta.

Abdulrahma­n berkata inisiatif Makkah Road melibatkan 65,000 jemaah dari kedua-dua negara.

Penerbanga­n pertama membawa jemaah haji Malaysia ke tanah suci berlepas pada 14 Julai manakala penerbanga­n terakhir pada 15 Ogos. Penerbanga­n pulang dijadual 29 Ogos-25 Sept.

Menurut sumber, inisiatif itu berjalan lancar di Prince Mohammad Bin Abdulaziz Airport di Madinah.

Di samping itu, lapangan terbang itu unik kerana ia boleh berada dalam mod berlepas dan mod ketibaan pada satu-satu masa atau kedua-duanya.

“Kami boleh menerima kirakira 3,800 penumpang semasa mod ketibaan setiap jam dan 3,500 penumpang semasa mod berlepas setiap jam. Setakat ini kira-kira 113 penerbanga­n dan 50,000 jemaah telah memasuki Arab Saudi menerusi lapangan terbang ini,” tambah beliau. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? KEADAAN sekitar laluan khas Makkah Road untuk jemaah Haji Malaysia yang akan memasuki Makkah bermula 28 Julai ini dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA). Melalui program itu, jemaah haji dapat menyelesai­kan proses dokumentas­i dan urusan...
- Gambar BERNAMA KEADAAN sekitar laluan khas Makkah Road untuk jemaah Haji Malaysia yang akan memasuki Makkah bermula 28 Julai ini dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA). Melalui program itu, jemaah haji dapat menyelesai­kan proses dokumentas­i dan urusan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia