Utusan Borneo (Sabah)

Program baharu dikaji

Untuk basmi kemiskinan di lima negeri

-

“Kerajaan komited dalam pelaksanaa­n program soal pembasmian kemiskinan dan peningkata­n pendapatan di samping mengkaji program baharu yang boleh diperkenal­kan terutama di Kedah, ” Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak. R. SIVARASA Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar sedang mengkaji untuk melaksana program baharu pembasmian kemiskinan di beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri berkenaan, R. Sivarasa berkata langkah itu perlu diambil memandangk­an negeri berkenaan dilihat kurang mendapat perhatian dari segi usaha pembasmian kemiskinan sebelum ini.

“Kerajaan komited dalam pelaksanaa­n program soal

pembasmian kemiskinan danpeningk­atanpendap­atan di samping mengkaji program baharu yang boleh diperkenal­kan terutama di Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak,” katanya menjawab soalan Leow Hsiad Hui (PH-Hulu Selangor) pada persidanga­n Dewan Rakyat pada Isnin.

Katanya, antara program yang dilaksanak­an ialah program perumahan rakyat

termiskin, program latihan kemahiran dan kerjaya, program peningkata­n pendapatan dan program keusahawan lain seperti Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC) bagi membantu meningkatk­an pendapatan isi rumah luar bandar.

Dalam pada itu, Sivarasa berkata kerajaan sedar masih ramai masyarakat Orang Asli di negara ini yang belum menikmati taraf hidup yang sesuai.

Justeru, katanya, kementeria­n akan menyusun pelbagai program tambahan untuk meningkatk­an kebajikan dan status ekonomi mereka termasuk melalui konsultasi dengan ketua masyarakat. -Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia