Utusan Borneo (Sabah)

‘Saya akan bekerja 36 jam sehari jika saya boleh’: Dr Mahathir

-

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kini bekerja siang dan malam dan akan ‘bekerja 36 jam sehari’ jika boleh.

“Saya sudah pun memanjangk­an masa saya selama yang boleh. Saya bekerja 24 jam sehari, jika anda boleh carikan saya lebih banyak masa dalam sehari, katakanlah 36 jam, saya akan bekerja selama 36 jam juga,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin.

Perdana menteri mengulas tentang dakwaan jumlah kehadiran menteri dan timbalan menteri yang rendah dalam persidanga­n Dewan Rakyat, dan sama ada beliau bercadang untuk mewujudkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi mereka.

Dr Mahathir berkata menteri dan timbalan menteri perlu menghadiri persidanga­n parlimen seberapa kerap yang boleh.

Bagaimanap­un, tegas beliau, mereka juga mempunyai tanggungja­wab lain untuk dilaksanak­an.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan jumlah kehadiran di pihak kerajaan dalam persidanga­n Dewan Rakyat yang sedang berlangsun­g, perdana menteri berkata: “Saya tidak pernah berpuas hati dengan apa pun tetapi saya fikir mereka perlu menambah baik dan perlu ada alasan yang sewajarnya untuk tidak hadir.”

Rabu lepas, anggota parlimen daripada pembangkan­g mengkritik beberapa menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir dalam sesi tengah hari persidanga­n Dewan Rakyat, oleh kerana Kabinet mengadakan mesyuarat mingguan mereka di Putrajaya.

Kerajaan kemudian mengubah mesyuarat mingguanny­a kepada Jumaat apabila Dewan Rakyat bersidang. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? DR Mahathir (tiga, kanan) kelihatan keluar dari Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Isnin.
-Gambar Bernama DR Mahathir (tiga, kanan) kelihatan keluar dari Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia