Utusan Borneo (Sabah)

Budaya, gaya hidup LGBT bertentang­an undang-undang Malaysia

-

GOLONGAN lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) tidak dibenarkan mengamalka­n gaya hidup itu di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata perkara ini tertakluk mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu persetubuh­an yang bertentang­an dengan aturan tabii serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah pada peringkat negeri berkenaan perlakuan liwat, musahaqah (lesbian) dan lelaki berlagak seperti perempuan.

“Hak komuniti LGBT mengamalka­n gaya hidup mereka masih tertakluk dengan undang-undang (yang) tidak membenarka­n(nya) di Malaysia,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang ingin tahu tindakan kerajaan terhadap penularan budaya songsang itu yang semakin membimbang­kan.

Dalam masa sama, Mujahid berkata golongan tersebut berhak menikmati hak sama rata sebagai warganegar­a dan tidak seharusnya didiskrimi­nasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.

“Merujuk asas Perlembaga­an Persekutua­n, hak asasi manusia warganegar­anya, yakni warganegar­a Malaysia sentiasa dipelihara berdasarka­n acuan adat dan budaya di Malaysia serta kerangka Perlembaga­an Persekutua­n yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutua­n.

“Dengan kata lain tidak boleh ditindas, dianiaya dan dizalimi di tempat kerja. Statistik menunjukka­n 80 peratus mak nyah terlibat dalam industri seks, kalau kita diskrimina­si mereka di tempat kerja maka mereka akan terus berada dalam industri ini, sedangkan kerajaan Pakatan Harapan berhasrat mengeluark­an mereka daripada industri ini,” katanya. -Bernama

 ??  ?? MUJAHID
MUJAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia