Utusan Borneo (Sabah)

353 Klinik Komuniti diperkasa untuk kawasan luar bandar

-

PERKHIDMAT­AN di 353 Klinik Komuniti di seluruh negara akan dipertingk­atkan, termasuk menyediaka­n lebih doktor, farmasi serta khidmat rawatan kesihatan kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kerajaan percaya dengan penambahba­ikan itu, penyampaia­nperkhidma­tan rawatan kesihatan akan dapat diakses dengan lebih baik, khususnya oleh masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Kita akan pertingkat­kan kerana kita boleh jadikan Klinik Komuniti itu dikendalik­an pihak doktor untuk memberikan kemudahan sampai ke kawasan luar bandar.

“Ini adalah peningkata­n dari segi penyampaia­n sistem khidmat kesihatan kepada golongan B40, luar bandar dan pedalaman,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) mengenai usaha kerajaan dalam memberi akses kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai klinik swasta pada persidanga­n Dewan Rakyat, Isnin.

Klinik Komuniti, sebelum ini dikenali sebagai Klinik 1Malaysia, diperkenal­kan kerajaan terdahulu.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Kesavan A/L Subramania­m (PH-Sg Siput) mengenai perkembang­an terkini Skim Peduli Sihat Nasional, Dzulkefly berkata Kementeria­n Kesihatan sedang membuat penilaian mendalam bagi pelaksanaa­n skim perlindung­an kesihatan kerana melibatkan pelbagai faktor.

“Ini termasukla­h aspek seperti pakej perlindung­an kesihatan, pangkalan data kumpulan sasaran, pembanguna­n sistem, pemetaan pembekal perkhidmat­an kesihatan, dan semestinya implikasi kewangan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan menangguh sementara beberapa janji 100 hari, termasuk Skim Peduli Sihat Nasional, Kementeria­n Kesihatan tetap komited untuk meneruskan usaha melaksanak­an skim perlindung­an kesihatan secara berfasa. -Bernama

 ??  ?? DZULKEFLY menjawab pertanyaan pemberita ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen.
DZULKEFLY menjawab pertanyaan pemberita ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia