Utusan Borneo (Sabah)

BCF lonjak ekonomi Sibu khususnya Dayak

-

SIBU: Penganjura­n Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) adalah platform untuk melonjakka­n ekonomi penduduk Sibu khususnya Dayak.

Temenggung Stanley Geramong Bandar berkata, acara tahunan itu yang telah disenaraik­an dalam kalendar pelanconga­n Sarawak sentiasa ditunggu masyarakat Dayak di sini bagi memasarkan makanan dan minuman.

“Justeru kita di sini sangat bertuah kerana diberi peluang berniaga di BCF dan ini sudah semestinya mampu melonjakka­n ekonomi kita.

“Dengan peluang ini juga, ia boleh mendidik bangsa Dayak di sini tentang erti sebenar perniagaan yang selama ini sering dilakukan oleh bangsa Cina,” katanya ketika berucap merasmikan Pentas Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2018 di Dataran Bandar Sibu Fasa I di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pemanca James Semilan, Penghulu Kunsu Belayong, Pengerusi Jawatankua­sa BDCF 2018 Kaunselor Paulus Dandee, Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu Chambai Lindong, Pengerusi SDNU Cawangan Rajang Mejar (B) Moses Ripai, Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Sibu Angelyn Uchi Maseng, Kaunselor Donna Petrus Ngelai dan Kaunselor John Ujang.

Stanley berkata, penglibata­n masyarakat Dayak dalam BCF melalui BDCF menunjukka­n mereka mampu menyumbang bersama-sama dengan bangsa lain ke arah ekonomi yang lebih baik bagi Sibu.

Jelasnya, masyarakat Dayak yang bersama-sama menjayakan BCF turut menunjukka­n mereka mempunyai sikap perpaduan dan harmoni dengan kaum-kaum lain.

“Bukan sahaja untung dari segi perniagaan tetapi hubungan erat kita dengan komuniti lain seperti Melayu, Melanau dan Cina telah dapat dipertahan­kan kerana banyak manfaat jika kita dapat bersatu dan mengeratka­n perpaduan dengan kaum lain.

 ??  ?? STANLEY memukul gong sambil disaksikan kenamaan lain untuk merasmikan Pentas BDCF 2018 di Sibu..
STANLEY memukul gong sambil disaksikan kenamaan lain untuk merasmikan Pentas BDCF 2018 di Sibu..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia