Utusan Borneo (Sabah)

Pinjaman Yen Jepun kurangkan kos hutang negara: Dr Mahathir

Hutang yen akan ganti hutang AS$ atau ringgit dengan kos hutang menurun

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang untuk mendapatka­n kemudahan pinjaman daripada Jepun bagi mengurangk­an ‘high cost of money’ kerana kadar faedah hutang yang diambil pentadbira­n terdahulu terlalu tinggi iaitu sebanyak enam peratus, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata nilai wang Yen Jepun lebih murah berbanding ringgit, dengan yen bernilai AS$1 sen, manakala RM1 bernilai AS$ 25 sen, dan membayar balik hutang negara dengan Yen Jepun bermakna negara tidak dibebani dengan kadar faedah tinggi sebanyak lebih daripada enam peratus.

Katanya kerajaan juga hanya akan meminjam yen sebanyak nilai AS$ atau jumlah ringgit yang dihutang.

Menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi soal jawab di persidanga­n Dewan Rakyat semalam, Dr Mahathir turut mendedahka­n bahawa kerajaan sebelum ini membayar komisen 10 peratus kepada Goldman Sachs daripada hutang yang diambil.

“Ini bermakna kerajaan dahulu mendapat hanya 90 peratus daripada wang yang dihutang tetapi membayar faedah ke atas 100 peratus wang dihutang. Faedah ke atas 90 peratus meningkat kepada 6.6 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, kerajaan Malaysia pernah menerima tawaran pinjaman mudah daripada kerajaan Jepun pada kadar faedah 0.7 peratus, dan tempoh bayaran balik selama 40 tahun.

“Kita tidak tahu sama ada kerajaan Jepun boleh memberikan kadar faedah serendah itu lagi, membayar balik hutang dengan yen berfaedah serendah itu lagi, tetapi membayar balik hutang dengan yen berfaedah rendah bermakna kita tidak lagi dibeban dengan faedah lebih tinggi dari enam peratus hutang asal.

“Hutang yen akan mengganti hutang AS$ atau ringgit. Kita masih berhutang tetapi kos hutang menurun. Inilah sebabnya yang kita cuba mendapat pinjaman yen daripada kerajaan Jepun,” katanya. — Bernama

 ??  ?? DR Mahathir kelihatan keluar dari Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam. Beliau hadir bagi sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat semalam. — Gambar Bernama
DR Mahathir kelihatan keluar dari Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam. Beliau hadir bagi sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia