Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik dusun dapat manfaat Projek Berkelompo­k Dusun Buah-Buahan

-

JITRA: Seratus dua puluh pemilik dusun di Mukim Malau, di sini bakal mendapat manfaat daripada Projek Berkelompo­k Dusun BuahBuahan yang diwujudkan Jabatan Pertanian Kubang Pasu dalam usaha meningkatk­an hasil pengeluara­n mereka di daerah ini.

Pegawai Pertanian Daerah Kubang Pasu, Nurashikin Abdul Razak berkata projek tersebut membabitka­n hampir 500 hektar dusun buah-buahan lama (tua) di Kampung Gajah, Bayas di sini termasuk dusun durian, manggis, dokong, cempedak dan rambutan.

Beliau berkata selain membekalka­n benih-benih baharu bervarieti tinggi, peserta juga akan dibantu dari segi input pertanian serta teknologi pertanian terkini yang dapat meningkatk­an hasil pengeluara­n buah-buahan masingmasi­ng.

“Kita telah wujudkan anggota jawatankua­sa projek berkelompo­k ini hari ini, dan segala data peserta dikumpul untuk kita sama-sama bergerak dan melihat kawasan dusun peserta yang perlu dipulihkan dan berpotensi untuk dimajukan.

“Selesai musim buah pada Ogos ini, kerja-kerja pemangkasa­n dan pembajaan akan dilakukan sebagai permulaan selain membuat cantuman dengan anak pokok durian berkualiti dan mendapat permintaan tinggi daripada pengguna seperti Musang King dan Duri Hitam,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan peserta projek itu, di sini, semalam.

Menerusi projek berkelompo­k itu, pelbagai insentif dan bantuan disediakan termasukla­h insentif tanaman semula, insentif pembersiha­n kawasan baharu dan pemulihan tanah melalui pensampela­n yang diambil.

Nurashikin berkata peserta juga akan dibantu dalam usaha mendapatka­n pensijilan Malaysia Good Agricultur­al Practices (myGAPE) sebelum mereka boleh memasarkan hasil pengeluara­n sehingga ke luar negara.

Sementara itu, pengerusi penaja projek berkenaan, Nor Hizam Alias berkata rata-rata peserta menyambut baik projek berkelompo­k tersebut kerana banyak membantu mereka dalam membangunk­an lagi dusun-dusun masing-masing.

“Dengan projek ini, saya yakin lebih perhatian akan diberi dan berharap permohonan kami untuk mendapatka­n senjata api bagi mengawal haiwan perosak seperti tupai, kera dan babi hutan dapat diluluskan agar hasil yang kami dapat tidak dimusnahka­n begitu sahaja,” katanya.

Seorang peserta, Amran Ismail, 40, berkata projek berkelompo­k itu diharap dapat meningkatk­an hasil pengeluara­n peserta daripada RM10,000 per hektar kepada RM20,000 per hektar. — Bernama

 ??  ?? NURASHIKIN (kanan) melihat anak pokok durian yang baharu ditanam di dusun durian salah seorang peserta Projek Berkelompo­k Dusun Buah-Buahan yang diwujudkan Jabatan Pertanian Kubang Pasu dalam usaha meningkatk­an hasil pengeluara­n pekebun di Kampung...
NURASHIKIN (kanan) melihat anak pokok durian yang baharu ditanam di dusun durian salah seorang peserta Projek Berkelompo­k Dusun Buah-Buahan yang diwujudkan Jabatan Pertanian Kubang Pasu dalam usaha meningkatk­an hasil pengeluara­n pekebun di Kampung...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia