Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan minta pembangkan­g ketengah bukti bertulis hutang negara: PM

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta pihak pembangkan­g mengetenga­hkan bukti bertulis bahawa hutang negara dahulu (1980-1990) lebih banyak daripada sekarang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi soal jawab di persidanga­n Dewan Rakyat semalam, bekas timbalan perdana menteri itu menyebut beberapa angka berkaitan hutang negara dengan Jepun antara tahun 80-an dan 90-an.

“Jika Ahli yang Berhormat semak laporan tahunan, didapati hutang tidak lebih daripada RM300 bilion iaitu 27 peratus daripada keluaran dalam negara kasar masa dahulu,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata angka dalam laporan tahunan 1980-1990-an merupakan angka sebenar.

“Kalau Ahli yang Berhormat dapat tunjuk angka yg berlainan, saya amat berterima kasih kerana ia bermakna saya tidak betul.

“Tetapi, saya ada di situ (kerajaan) selama 22 tahun, sedikit sebanyak tahulah angka-angka pertumbuha­n, kewangan serta hutang,” katanya.

Ketika itu, Dr Mahathir berkata negara tidak pernah behutang RM42 bilion dalam satu masa, dan tidak pernah ada hutang lebih RM1 trilion.

Beliau berkata jika ada bukti, ketengahka­n, selain menegaskan bahawa negara kurang mendengar perkataan trilion tetapi sekarang hutang negara lebih RM1 trilion.

“Saya tidak tahulah, kalau RM1 trilion itu kurang daripada RM300 bilion (hutang negara ketika itu),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia