Utusan Borneo (Sabah)

FPAM lancar laman web smartfinan­ce.my

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Perancanga­n Kewangan Malaysia (FPAM) semalam melancarka­n laman web ‘smartfinan­ce.my’ bagi meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n kewangan orang ramai.

Laman web yang dibiayai sepenuhnya oleh Dana Pembanguna­n Dana Modal (CMDF) itu adalah platform mesra peranti yang pertama di mana pengguna boleh mengakses perancang kewangan berlesen yang disahkan.

Semua perancang kewangan berlesen tersebut telah melalui pembelajar­an holistik dari sumber yang boleh dipercayai seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Pusat Penyelesai­an Pertikaian Industri Sekuriti, Pentadbir Pencen Swasta dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, kata FPAM.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Linnet Lee berkata, terdapat ciri khas pada laman web yang dapat membantu para pengguna mempunyai gambaran cepat mengenai situasi kewangan.

“Pembelajar­an adalah interaktif, terdapat mata yang boleh diperoleh dan boleh ditebus untuk faedah istimewa ke atas produk dan perkhidmat­an kewangan pilihan mereka.

“Pelajaran ini juga bertujuan memberi orang awam asas yang baik dalam kewangan peribadi, memahami proses perancanga­n kewangan dan ciri utama produk kewangan teras supaya mereka boleh menguruska­n kewangan dengan lebih baik,” kata Lee kepada pemberita selepas pelancaran laman web tersebut yang bersempena dengan simposium tahunan FPAM 2018 di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Eksekutif, Kumpulan Perniagaan dan Pengawasan Korporat, Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, Kamarudin Hashim dan Presiden FPAM, Ismitz Matthew de Alwis.

FPAM berkata simposium dianjur bertujuan membincang­kan topik yang relevan dan penting dalam profesion termasuk aspek perancanga­n kewangan dan perkembang­an teknologi baharu dalam industri kewangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia