Utusan Borneo (Sabah)

FBM KLCI boleh lepasi paras 1,800: Kenanga

Ketidakten­tuan dunia akibat Brexit dan polisi perlindung­an Trump pengaruhi ekuiti tempatan

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Investors Bhd optismik, namun berhati-hati terhadap penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melepasi paras 1,800 pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ismitz Matthew De Alwis berkata, rintangan segera bagi indeks itu ialah 1,780, yang dijangka dicapai pada Oktober atau Novermber sebelum terus menambah sehingga 1,800 pada akhir tahun.

“Saya optimistik, namun berhati-hatiuntukk­itamencapa­i paras 1,800 pada akhir tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucapan pembukaan pada Simposium Perancanga­n Kewangan Khusus Persatuan Perancanga­n Kewangan Malaysia (FPAM) di sini, semalam.

Beliau berkata, antara faktor mempengaru­hi pasaran ekuiti tempatan ialah ketidakten­tuan dunia akibat Brexit dan polisi perlindung­an Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selain kembalinya pengurus dana daripada percutian musim panas.

“Dengan kembalinya pengurus dana daripada percutian musim panas, mereka akan melaksanak­an sesuatu bagi suku terakhir bermula Oktober,” katanya.

Menurut De Alwis, antara kaunter tempatan dengan penilaian yang menarik adalah teknologi dan pembuatan.

“Harga mereka menurun dan nisbah harga perolehan (PE) dilihat agak menarik pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata, saham mewah didagangka­n melebihi nilai purata buat masa ini, namun masih menarik perhatian pelabur yang berminat menempatka­n diri mereka bagi jangka masa panjang.

Berhubung syarikat Malaysia yang tersenarai di luar negara, De Alwis berkata, beliau menyokong kebebasan syarikat tersebut untuk disenaraik­an di mana sahaja, namun lebih baik mereka disenaraik­an di pasaran saham tempatan terlebih dahulu, sebelum disenaraik­an di bursa lain untuk memperkuku­hkan pasaran modal dalam negara dan membantu pertumbuha­n ekonomi domestik.

Mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), beliau yang juga Presiden FPAM berkata, organisasi tersebut belum pasti kesan pelaksanaa­n cukai tersebut terhadap industri perancanga­n kewangan.

“Kami belum jelas dari segi ketetapan cukai bagi pelaburan unit amanah atau mana-mana produk pelaburan. Persatuan ini masih menunggu pengumuman sebelum mengadakan dialog selanjutny­a dengan kerajaan berhubung hal ini,” katanya.

Kenanga Investors ialah anak syarikat milik penuh Kenanga Investment Bank Bhd dan diberikan lesen menjalanka­n aktiviti terkawal dalam pengurusan dana beurusan dengan sekuriti (terhad kepada unit amanah), nasihat pelaburan dan menguruska­n Skim Persaraan Swasta.

Bertemakan ‘Meningkatk­an Tahap Profesiona­lisme Kewangan’, simposium satu hari itu dianjurkan FPAM untuk menyokong profesion pengurusan kewangan dan untuk bekerjasam­a dengan institusi kewangan yang berkaitan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia