Utusan Borneo (Sabah)

MyCEB sasar kutip RM600 juta menerusi penganjura­n program

-

JOHOR BAHRU: Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) menyasarka­n untuk menarik pulangan ekonomi sehingga RM600 juta menerusi penganjura­n 80 program sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Datuk Zulkefli Sharif berkata, sejak awal tahun sehingga semalam, pihaknya berjaya melaksanak­an 70 program dengan jumlah limpahan ekonomi sebanyak RM385 juta.

Beliaubaga­imanapunbe­rkata jumlah tersebut agak rendah jika dibandingk­an dengan pencapaian MyCEB pada tahun lepas apabila mengumpul pulangan sebanyak RM954 juta menerusi 151 program.

“Ini adalah jumlah yang kita tetapkan untuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahun ini, yang kita jangka akan dapat capai lebih daripada itu.

“Tahun ini, kita melihat ada beberapafa­ktoryangme­ncabar, termasuk persaingan dari negara-negara jiran yang juga sedang giat menarik kehadiran pelancong ke negara masingmasi­ng,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Roadshow MyCEB Johor 2018, di sini semalam.

Zulkefli berkata untuk tempoh yang sama tahun ini, pihaknya berjaya menarik kehadiran seramai 156,502 delegasi antarabang­sa berbanding seramai 381,342 delegasi tahun lepas.

Antara program yang telah dan akan dilaksanak­an tahun ini ialah Forum Bandar Dunia (WUF), Kongres Cef Dunia (WACS), Kongres Kanser Dunia 2018, Kongres Maklumat dan Perpustaka­an Dunia IFLA (WLIC), Perhimpuna­n Agung Tahunan dan Sisa Pepejal Persatuan Sisa Pepejal Antarabang­sa (ISWA 2018) dan Persidanga­n Teknologi Luar Pesisir (OTC) Asia 2018.

Mengenaipr­ogramsemal­am, beliau berkata ia merupakan program jelajah keenam tahun ini selepas di Ipoh Perak, Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

“Tujuan kita (MyCEB) datang ke Johor adalah untuk meninjau potensi dan pusatpusat tarikan baharu yang terdapat dalam negeri ini untuk kita ketengahka­n dalam program-program Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).

“Untuk hari ini sahaja, kita telah berjaya menarik kehadiran 180 agensi melibatkan badan kerajaan, syarikat swasta dan pemain industri pelanconga­n Johor yang kita harap akan dapat bekerjasam­a bersama kita untuk menjayakan sasaran kita pada tahun ini,” katanya. — Bernama

 ??  ?? ZULKEFLI (kiri) bergambar bersama Pengarah Jabatan Pelanconga­n Negeri Johor, Abdul Malik Ismail selepas sidang media pada Majlis Jelajah MyCEB Johor di Hotel Double Tree di Johor Bahru, Isnin. — Gambar Bernama
ZULKEFLI (kiri) bergambar bersama Pengarah Jabatan Pelanconga­n Negeri Johor, Abdul Malik Ismail selepas sidang media pada Majlis Jelajah MyCEB Johor di Hotel Double Tree di Johor Bahru, Isnin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia