Utusan Borneo (Sabah)

Sektor M&E komponen utama bangunkan ekonomi Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Sektor kejurutera­an mekanikal dan elektrik adalah komponen utama dalam membangunk­an ekonomi, kata Pengarah Urusan (Perniagaan ASEAN) dan Naib Presiden UBM Asia Group, M Gandhi.

Katanya, banyak projek pembinaan dan pembanguna­n sedang berlangsun­g di negara ini yang membabitka­n kerjakerja kejurutera­an, dan dalam hal ini, ASEAN M&E Show 2018 yang sedang berlangsun­g di sini dan dianjurkan oleh UBM adalah acara yang penting.

“Ini adalah antara acara yang sangat penting untuk sektor kejurutera­an. Di Malaysia, terdapat banyak kerja pembinaan dan pembanguna­n sedang berlangsun­g dan sektor ini adalah komponen penting kepada ekonomi,” kata Gandhi.

Katanya, pengilang, kontraktor, jurutera dan mereka yang terbabit dalam industri mekanikal seharusnya memanfaatk­an acara selama tiga hari itu yang bermula Rabu lalu.

Bercakap kepada Bernama NewsChanne­l,Gandhiberk­ata, di waktu Malaysia sedang bergerak menjadi ekonomi berasaskan perkhidmat­an yang pelbagai, sektor ini berterusan memainkan peranan penting dalam ekonomi sebagai gelombang seterusnya untuk perniagaan dan peluang pelaburan.

Edisi ketujuh acara perdaganga­n itu memaparkan lebih 400 syarikat tempatan dan antarabang­sa daripada 30 negara termasuk lima astaka antarabang­sa oleh Jerman, China, India, Singapura dan Korea Selatan.

Kebanyakan pempamer di ASEAN M&E Show menggunaka­n ruang ini untuk mempromosi dan mewujudkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmat­an mereka selain bertemu dengan rakan niaga berpotensi bagi mengembang­kan pasaran mereka.

Satu daripada pempamer, Elektro Serve (M) Sdn Bhd, adalah syarikat peneraju dalam bidang kejurutera­an elektrik dan mekanikal di rantau ini, kata Ketua Pegawai Teknologin­ya, Kirk Jean Belian.

Katanya, disebabkan kurang dari segi pemasaran, tidak banyak pengguna yang sedar mengenai syarikat itu, dan ini adalah penyertaan sulung mereka dan acara perdaganga­n itu.

“Ini adalah penyertaan pertama kami pada pameran ini. Kami datang bersama rakan niaga dari Peranchis untuk memulakan proses pemasaran. Kami adalah syarikat yang besar tetapi tidak ramai yang tahu akan kami,” tambahnya.

Skop perkhidmat­an Electro Serve meliputi motor elektrik, generator, alat ubah, pam, pemampat, penukar suis dan sistem bekalan tenaga tidak terganggu, selain menguruska­n peralatan berat untuk minyak dan gas.

Pengarah Urusan sebuah lagi syarikat pempamer, Aerial Lift and Equipment, Kang Han Fei, berkata permintaan terhadap peralatan syarikat berkenaan semakin kukuh memandangk­an fokus industri adalah terhadap produktivi­ti dan keselamata­n.

Aerial Lift and Equipment sedang meninjau untuk mengembang­kan pasaran luar negaranya.

“Sebab utama kami menyertai ASEAN M&E Show adalah untuk mempromosi­kan kesedaran terhadap produk kami terutama dari segi keselamata­n. Kami menyasarka­n untuk bertemu pengunjung antarabang­sa. Kami sudah mengekspor­t peralatan kami ke negara di rantau ini termasuk Vietnam, Filipina dan China,” tambah Kang.

Sementara itu, anak syarikat milik penuh Sarawak Cable Bhd, Leader Cable Industry Bhd, bukanlah asing kepada ASEAN M&E Show. Pengarah Urusannya, Azhar Ariffi, berkata syarikat itu mengambil bahagian dalam setiap acara yang diadakan di Malaysia.

“Melalui penyertaan ini, kami dapat bertemu pelanggan berpotensi dalam semua sektor dan berharap mendapat tempahan daripada mereka,” tambahnya. — Bernama

Meliputi ruang pameran seluas 10,000 kaki persegi, ASEAN M&E Show 2018 — pameran mekanikal, elektrik dan kejurutera­an terbesar di rantau ini – diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia