Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluara­n 2,000 tan metrik herba jadi sasaran Bioalpha menjelang 2020

-

DUNGUN: Syarikat pengeluar produk makanan tambahan kesihatan dan kecantikan, Bioalapha Holdings Berhad (Bioalpha), menyasarka­n pengeluara­n 2,000 tan metrik herba dari ladang herba integrasi di Kampung Pasir Raja, di sini menjelang 2020.

Pengarah Urusannya William Hon berkata sasaran itu diyakini dapat dicapai selepas melihat permintaan yang tinggi terhadap tanaman itu di pasaran bagi keperluan industri penjagaan kesihatan dan kecantikan.

“Taman Herba seluas 400 hektar di Pasir Raja ini melengkapi satu lagi taman herba seluas 521.6 hektar di Desaru, Johor, dibangunka­n selepas kami mendapat permintaan yang tinggi ke atas tanaman herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan lain-lain di pasaran.

“Dari Pasir Raja, kami berharap 300 tan metrik herba dapat dihasilkan menjelang hujung tahun ini di 100 hektar kawasan yang sedang diusahakan manakala 2,000 metrik tan herba lagi disasarkan menjelang 2020 dari kawasan selebihnya,” katanya kepada pemberita selepas perasmian taman herba itu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir, Pengerusi Bioalpha Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­nTeknologi Malaysia (MTDC), Datuk Norhalim Yunus.

Projek usaha sama awam-swasta itu turut mendapat kerjasama kerajaan Terengganu, Majlis Pembanguna­n Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) dan pelabur utama, MTDC.

Hon berkata, Bioalpha yang mengeluark­an kira-kira 300 produk kesihatan dan kecantikan kini menikmati perolehan sebanyak 50 peratus daripada jualan di pasaran tempatan, Indonesia (25 peratus), China (20 peratus) dan lain-lain (5 peratus).

Pihaknya berharap perolehan dapat ditingkatk­an menerusi ladang di Pasir Raja apabila bahan utama seperti herba dihasilkan di ladang sendiri manakala kos buruh dapat dijimatkan apabila hanya menggunaka­n penduduk kampung sebagai penanam herba.

Katanya produk jenama mereka seperti Apotec, Nushine dan yang terbaharu, Tranung, yang diinspiras­ikan daripada nama Terengganu juga boleh didapati di seluruh negara, termasuk di farmasi CONSTANT. — Bernama

 ??  ?? KAKITANGAN Bioalpha Holding Bhd (dari kiri) Goh Siow Cheng, Amirah dan Loo Kae Wei menunjukka­n produk yang dihasilkan oleh syarikat itu berasaskan herba tempatan yang dihasilkan di Taman Herba Integrasi Pasir Raja di Kampung Pasir Raja di Dungun, Isnin. — Gambar Bernama
KAKITANGAN Bioalpha Holding Bhd (dari kiri) Goh Siow Cheng, Amirah dan Loo Kae Wei menunjukka­n produk yang dihasilkan oleh syarikat itu berasaskan herba tempatan yang dihasilkan di Taman Herba Integrasi Pasir Raja di Kampung Pasir Raja di Dungun, Isnin. — Gambar Bernama
 ??  ?? SALMI Musa, 40, menunjukka­n sijil kontrak petani yang diperoleh untuk menjadi peserta bagi menjalanka­n aktiviti pertanian di Taman Herba Integrasi Pasir Raja di Kampung Pasir Raja di Dungun, Isnin. — Gambar Bernama
SALMI Musa, 40, menunjukka­n sijil kontrak petani yang diperoleh untuk menjadi peserta bagi menjalanka­n aktiviti pertanian di Taman Herba Integrasi Pasir Raja di Kampung Pasir Raja di Dungun, Isnin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia