Utusan Borneo (Sabah)

Family Showdown Game Show Terbaru di ntv7

-

BERMULA pada 19 Julai yang lepas, ntv7 menyiarkan sebuah program gameshow yang melibatkan keluarga artis terkemuka tanah air seperti Black, Khai Bahar, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Tomok dan ramai lagi.

Family Showdown yang akan bersiaran selama 20 episod setiap Khamis, pada jam 10 malam ini akan menguji kreativiti keluarga barisan artis pada setiap episod.

Mereka akan berentap dengan sebuah keluarga peminat mereka dalam empat segmen cabaran muzikal iaitu Charades Muzikal, Fight List, Continue the Lyrics dan Family Karaoke.

Untuk setiap segmen cabaran, setiap kumpulan akan diberi mata sebagai ganjaran jika mereka berjaya menjawab soalan dan menyelesai­kan cabaran yang diberikan.

Di akhir setiap episod, kumpulan yang berjaya mengumpul mata yang tertinggi akan menjadi pemenang kesuluruha­n dan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Namun, sekiranya markah kedua-dua kumpulan itu seri, pengacara Family Showdown akan mengajukan satu soalan trivia bagi menentukan pemenang mutlak.

Setiap episod akan membawakan tema muzik yang berlainan bagi menjadikan program ini lebih menarik.

Program Family Showdown ini telah diterajui oleh Shazreena Kassim selaku penerbit dibawah naungan Primeworks Studio.

Para penonton pasti tidak akan kering gusi melihat telatah artis kegemaran mereka di samping pengendali­an Razif Hashim selaku pengacara dan juri tetap, Ikhwan Rosli.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut, layari laman media sosial Facebook, Twitter dan Instagram @ntv7malays­ia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia