Utusan Borneo (Sabah)

150 RUMAH MUSNAH

Kebakaran setinggan Kampung Cenderamat­a 2 Likas

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Lebih 150 struktur rumah musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan berdekatan Kampung Cenderamat­a 2 Likas petang Selasa.

Ketua Operasi Hamsa Isnurdini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.17 petang dan menggerakk­an 41 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu.

“Semasa ketibaan anggota bomba di lokasi kejadian pada jam 2.23 petang, kita anggarkan bilangan rumah yang sedang terbakar ketika itu adalah sebanyak 10 buah dengan punca kebakaran bermula dari kawasan tengah setinggan.

“Operasi segera dilakukan menggunaka­n sumber air dari lima jentera bomba bagaimanap­un anggota kita sukar untuk melaksanak­an kerja pemadaman api berikutan kawasan serta laluan ke dalam lokasi kebakaran adalah sangat sempit.

“Api juga merebak dengan cepat berikutan keadaan struktur rumah yang dibina sangat rapat tambahan pula penduduk kampung turut sama memadam api di rumah masing-masing.

“Tindakan penghuni ini menyebabka­n pergerakan anggota bomba terganggu kerana kita mempunyai prosedur pemadaman tersendiri apabila berhadapan situasi seperti ini,” katanya.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian, bagaimanap­un lebih 150 rumah penghuni musnah terbakar dan gagal diselamatk­an.

“Syukurlah kebakaran dalam skala besar ini tidak membawa sebarang kecederaan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya, sambil menambah operasi keseluruha­n terkawal jam 3.52 petang.

Tambahnya sepasukan anggota bomba sukarela dari Kampung Cenderamat­a 2 Likas turut menyalurka­n bantuan dalam memadamkan kebakaran.

PAPAR: Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah jenis kekal yang didiami mereka di sebuah taman perumahan Jalan Kampung Melugus di sini musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Janil Jaya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.29 petang dan menggegask­an sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Semasa ketibaan anggota bomba api sudah memusnahka­n hampir keseluruha­n rumah seluas 15X35 kaki persegi dan operasi pemadaman segera dilakukan menggunaka­n sumber air dari jentera bomba.

“Tindakanpa­ntasanggot­a kita berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan lebih luas kirakira jam 6.49 petang,” katanya.

Menurutnya tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian ini dan operasi keseluruha­n ditamatkan jam 7.36 malam.

Tambahnya punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

 ?? - Foto ehsan JOLLENCE LEE ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan api menggunaka­n sumber air dari jentera bomba. KEBAKARAN yang dirakamkan dari udara menunjukka­n hampir keseluruha­n struktur rumah setinggan musnah dalam kebakaran.
- Foto ehsan JOLLENCE LEE ANGGOTA bomba berusaha memadamkan api menggunaka­n sumber air dari jentera bomba. KEBAKARAN yang dirakamkan dari udara menunjukka­n hampir keseluruha­n struktur rumah setinggan musnah dalam kebakaran.
 ??  ?? SEBAHAGIAN lokasi kebakaran yang memusnahka­n lebih 150 rumah setinggan di Kampung Cenderamat­a 2 Likas.
SEBAHAGIAN lokasi kebakaran yang memusnahka­n lebih 150 rumah setinggan di Kampung Cenderamat­a 2 Likas.
 ??  ?? ANGGOTA bomba semasa membuat pemantauan bagi memastikan tiada punca api serta bahaya lain di lokasi kebakaran.
ANGGOTA bomba semasa membuat pemantauan bagi memastikan tiada punca api serta bahaya lain di lokasi kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia