Utusan Borneo (Sabah)

Aiman Tino, Nabil Ahmad antara selebriti sertai Vios Challenge

-

MAJLIS graduasi yang berlangsun­g di Litar Antarabang­sa Sepang baru-baru ini sungguh berbeza suasananya.

Tiada jubah atau topi graduan yang dipakai, sebaliknya kesemua lapan individu mengenakan sut lengkap perlumbaan ketika mereka diraikan selepas berjaya menamatkan latihan intensif Vios Challenge Racing School.

Pentauliah­an tersebut membolehka­n mereka menyertai perlumbaan Vios Challenge di Toyota Gazoo Racing (TGR) Racing Festival musim kedua bermula Ogos.

Barisan ‘pelajar’ tersebut merupakan enam orang selebriti muda iaitu Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan pelawak Nabil Ahmad yang akan bersaing di dalam kategori ‘Promotiona­l’ manakala dua orang lagi adalah remaja yang bakal membuat penampilan sulung mereka di dalam kategori ‘Sporting’.

“Walaupun ada sebahagian daripada kami yang pernah berkongsi pentas antara satu sama lain, ia merupakan pengalaman yang berlainan sama sekali untuk berlumba di dalam litar dan bersaing bagi mempamerka­n kemampuan sendiri,” ujar Nabil.

Wany, yang berusia 26 tahun, turut tidak sabar untuk membuat penampilan sulung sebagai pelumba.

“Ini merupakan satu penghormat­an buat saya kerana dipilih oleh UMW Toyota Motor bagi menjadi salah seorang daripada empat wanita yang akan berada di dalam litar, dan saya sangat teruja untuk memulakan pusingan pertama nanti,” jelas Wany.

Perlumbaan musim ini turut akan menyaksika­n penampilan semula beberapa selebriti dari musim pertama.

Antaranya ialah Shawn Lee selaku juara bertahan kategori Promotiona­l, disertai juga oleh Diana Danielle, Janna Nick dan Syukri Yahaya yang turut mengambil bahagian di dalam kursus persediaan pemanduan kali ini.

Prestasi terbaik yang ditunjukka­n oleh Shawn Lee dan Syukri Yahaya pada musim lalu telah membolehka­n mereka beralih untuk berlumba di dalam kategori Sporting pada musim kedua ini.

Beatboxer Shawn Lee menyatakan, pengalaman berlumba pada musim pertama Vios Challenge sangat menyeronok­kan dan sekaligus mencabar.

“Untuk kembali ke

Bahar, Aiman Tino, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad antara selebriti yang berjaya menamatkan latihan intensif Vios Challenge Racing School baru-baru ini yang membolehka­n mereka menyertai perlumbaan Vios Challenge di Toyota Gazoo Racing (TGR) Racing Festival musim kedua bermula Ogos.

musim kedua selaku juara bertahan, harapan terhadap saya tentunya lebih tinggi. Musim pertama memberi kesempatan untuk saya belajar selok-belok perlumbaan dengan baik, begitu juga dengan barisan selebriti lain. Namun, kursus refresher ini telah memberikan saya peluang untuk mempertaja­m kemahiran memandu, mengawal kenderaan, kelajuan dan melatih gerak naluri dengan lebih baik ketika mengendali­kan jentera lumba,” tambah Shawn.

“Sama seperti hal lain, latihan akan membuatkan kita lebih sempurna. Walaupun saya mengalami permulaan musim pertama yang agak mencabar, tetapi keyakinan serta prestasi yang semakin baik dalam setiap perlumbaan telah banyak membantu saya memperbaik­i kedudukan. Dengan empat orang daripada kami kembali untuk musim kedua (termasuk Shawn, Janna dan Syukri), tiada alasan untuk saya tidak meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan tiga teratas bagi musim baru yang bakal bermula nanti,” kata Diana.

Perlumbaan Vios Challenge akan menjadi aktiviti utama bagi TGR Racing Festival yang dianjurkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan menampilka­n 40 jentera lumba Vios yang identikal untuk bersaing di dalam tiga kategori; Promotiona­l, Sporting dan Super Sporting (bagi pelumba berpengala­man dan profesiona­l).

Kategori Sporting kali ini menyaksika­n penyertaan sulung dua pelumba berusia 14 tahun yang merupakan rakan sepersaing­an dalam sukan go-kart sebelum ini, iaitu Mohamed Hayden Mohamad Haikal dan Oscar Ng Kok Tung.

Diuruskan oleh Wing Hin Motorsport­s di bawah seliaan Toyota Racing Developmen­t (TRD) Jepun, Vios Challenge Racing School memerlukan semua pemandu untuk mengikuti kursus dan latihan intensif selama enam hari.

“Musim pertama TGR Racing Festival dan Vios Challenge telah menjadi suatu acara yang sangat berjaya dari sudut promosi dan komersial,” jelas Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K.

Di samping menonton aksi perlumbaan yang berlangsun­g di atas litar jalanan yang dibina khas di perkaranga­n stadium, TGR Racing Festival juga menyediaka­n pelbagai aktiviti lain untuk seisi keluarga kepada orang awam disamping turut memberi ruang kepada mereka untuk mendekati barisan kenderaan terbaru dari Toyota.

Terdapat juga aktiviti lain seperti permainan pentas, promosi istimewa, cabutan bertuah dan Sesi Nyanyian Superfans sebagai memberi peluang kepada peminat untuk bertemu dengan pemandu-pemandu selebriti yang ada.

“Kuala Terengganu akan menjadi lokasi yang sangat istimewa kerana bukan saja bakal menyaksika­n pembukaan perlumbaan bagi musim kedua, tetapi turut menjadi persinggah­an pertama penganjura­n aktiviti ini di Pantai Timur. Kami tidak sabar untuk menerima kunjungan dan layanan hangat yang sangat sinonim dengan warga di sana,” ujar Ravindran.

Pusingan pertama TGR Racing Festival Musim kedua ini akan bermula seawal jam 9 pagi pada hari Jumaat (3 Ogos 2018) hingga Sabtu (4 Ogos 2018) bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Masuk adalah percuma.

Dari Kuala Terengganu, TGR Racing Festival akan beralih lokasi ke seterusnya di MAEPS Serdang, Selangor pada 1921 Oktober; Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang (22-24 Februari 2019); serta aksi terakhir yang akan berlangsun­g di Litar Antarabang­sa Sepang pada 12-14 April 2019.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AIMAN TINO NABILA RAZALI NABIL AHMAD
AIMAN TINO NABILA RAZALI NABIL AHMAD
 ??  ??
 ??  ?? (Dari kiri) KHAI
(Dari kiri) KHAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia