Utusan Borneo (Sabah)

M’sia antara terbaik undangunda­ng berkaitan keganasan

-

KUALA LUMPUR: Undang-undang berkaitan keganasan negara ini adalah antara undang-undang yang terbaik berbanding negara lain, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, E8 Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ini kerana undang-undang berkenaan mampu menyekat sebarang ancaman berkaitan keganasan daripada peringkat awal lagi, katanya kepada pemberita pada Majlis Persidanga­n Keselamata­n di Tempat Awam dan Anti Keganasan (Summit Apac) di sini, Isnin.

“Polis Diraja Malaysia mempunyai kaedah risikan tersendiri yang mantap serta mampu mengekang ancaman keganasan pada peringkat awal termasuk kumpulan pengganas yang cuba merancang melakukan serangan, memiliki bahan berkaitan keganasan serta berjumpa dengan kumpulan yang disyaki,” katanya.

Ayob Khan berkata Malaysia melaksanak­an pencegahan awal bagi menyekat ancaman berkaitan keganasan.

Mengenai undang-undang berkaitan keganasan seperti Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)danAktaPen­cegahan Jenayah (pindaan 2014), beliau berkata kesemua akta ini banyak membantu mengekang aktiviti kumpulan Daesh termasuk mematahkan sejumlah 23 cubaan mereka melancarka­n serangan di Malaysia sejak 2013.

“Sejak tahun 2013, sejumlah 415 tangkapan direkodkan membabitka­n SOSMA yang mana 180 dituduh di mahkamah, 140 disabitkan kesalahan dan 106 dibebaskan. Baki selebihnya melibatkan warga asing yang diusir ke negara asal mereka untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam keganasan dan ditangkap di bawah SOSMA akan melalui proses siasatan yang rapi.

“Sekiranya pihak Peguam Negara berpuas hati bukti penglibata­n mereka serius, mereka akan dituduh di mahkamah tetapi sekiranya bukti tidak mencukupi mereka akan dibebaskan,” katanya dan menambah bahawa SOSMA mempunyai peruntukan khas bagi membantu polis menjalanka­n siasatan ke atas suspek yang terlibat dalam keganasan.

Mengenai persidanga­n ini, Ayob Khan berkata ia adalah platform bagi mengumpulk­an pakar keselamata­n seluruh dunia bagi berkongsi pengalaman menangani ancaman keganasan di samping mencari langkah preventif mengekang ideologi pengganas pada era baru ini.

Persidanga­n dua hari bermula hari ini mengumpulk­an seramai 16 panel dari beberapa negara seperti Singapura, Malaysia, United Kingdom, Australia dan Filipina bagi membincang­kan isu berkaitan keselamata­n di tempat awam dan anti keganasan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia