Utusan Borneo (Sabah)

Palsukan dokumen: Penjawat awam dipenjara 15 bulan

Palsukan dokumen, guna dokumen sebagai tulen dan rasuah

- Oleh CLARICE USOP

KOTAKINABA­LU:Seorang penjawat awam Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dikenakan penjara 15 bulan, atas sembilan kesalahan melibatkan pemalsuan dokumen, menggunaka­n dokumen sebagai tulen dan menerima wang tanpa balasan.

Mohd Farid Abdul, 40, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, selepas mengaku salah untuk semua pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Bagi enam pertuduhan mengikut Seksyen 463 Kanun Keseksaan, dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama, setiap satu tertuduh dikenakan penjara 12 bulan.

Tertuduh memalsukan borang IPKP-5 Senarai Tuntutan Pengusaha Traktor dan mengubah jumlah keluasan sawah yang dibajak, dengan jumlah lebihan tuntutan RM22,992, supaya pengarah LPP Negeri Sabah meluluskan pembayaran.

Sementara satu pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama, tertuduh dikenakan penjara 15 bulan.

Tertuduh menggunaka­n dokumen sebagai tulen borang IPKP-4 Penyata Tuntutan Pembayaran Perkhidmat­an Membajak Sawah dan IPKP5, dengan mengubah keluasan sawah yang dibajak dan membuat tuntutan sebanyak RM10,450.

Dua kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan,tertuduhse­tiapnya dikenakan penjara 12 bulan, kerana menerima wang tanpa balasan berkaitan dengan tugas rasminya.

Tertuduh menerima wang RM1,500 daripada seorang individu, melalui akaun banknya, yang mana dirinya berperanan sebagai penyedia dokumen bayaran perkhidmat­an IPKP.

Semua kesalahan itu dilakukan pada sekitar Mei hingga Oktober 2016, di Pejabat LPP, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, jika sabit salah untuk semua pertuduhan berkenaan, penjara selama tempoh dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Semasa rayuan, Mohd Farid yang tidak diwakili peguam menyatakan sudah menyesali perbuatan yang dilakukann­ya.

“Saya mempunyai empat anak, berusia antara 10 tahun hingga bayi berusia enam bulan. Isteri juga tidak bekerja. Saya mohon rayuan ini dipertimba­ngkan,” katanya.

Tertuduh juga menyatakan masih berkhidmat dengan LPP, dan sedar sekiranya disabitkan dengan kesalahan berkenaan, dirinya akan kehilangan pekerjaan.

Timbalan Pendakwara­ya Awang Samsul Baharum Bongsu dari Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyatakan tertuduh menggunaka­n peluang yang ada untuk mendapatka­n wang.

“Perkara seperti ini akan menyebabka­n kerugian kepada kerajaan akibat ketirisan yang dilakukan.

“Hal ini akan membuatkan rakyat rugi, yang mana wang digunakan untuk kepentinga­n tertuduh dan bukan kepada pihak yang sewajarnya,” tegasnya.

Abu Bakar semasa menyampaik­an keputusann­ya menyatakan, sebagai seorang pekerja haruslah mengamalka­n nilai amanah dan bukan mengutamak­an kepentinga­n peribadi.

Bagaimanap­un, beliau memerintah­kan tertuduh menjalani semua hukuman berkenaan secara serentak, bermula dari tarikh sabitan.

“Tertuduh menggunaka­n peluang yang ada untuk mendapatka­n wang. Perkara seperti ini akan menyebabka­n kerugian kepada kerajaan akibat ketirisan yang dilakukan. Hal ini akan membuatkan rakyat rugi, yang mana wang digunakan untuk kepentinga­n tertuduh dan bukan kepada pihak yang sewajarnya.

AWANG SAMSUL BAHARUM BONGSU Timbalan Pendakwara­ya SPRM

 ??  ?? MOHD Farid (kiri) menutup wajahnya, ketika diiringi pegawai SPRM keluar dari kamar mahkamah.
MOHD Farid (kiri) menutup wajahnya, ketika diiringi pegawai SPRM keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia