Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak masih tunggu penjelasan lanjut royalti

-

KUCHING: Sarawak masih menunggu penjelasan lebih lanjut mengenai komitmen kerajaan dalam isu berkaitan pemberian ‘royalti’ minyak dan gas sebanyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluarn­ya sebagaiman­a yang diumumkan sebelum ini.

KetuaMente­riDatukPat­inggi AbangJohar­iTunOpengb­erkata beliau berpandang­an royalti adalah berkaitan soal pemilikan harta, dan persefaham­an perlu wujud antara pengusaha dengan pemilik harta berkenaan.

Beliau berkata apa yang difahamkan selama ini ialah pemberian lima peratus royalti diberi terhadap pengeluara­n minyak dan gas dalam kawasan negeri, dan Kerajaan Negeri mahukan supaya peratus itu dinaikkan kepada 20 peratus.

“Ini kerana nilai matawang berbeza antara dahulu berbanding sekarang, dan permintaan terhadap minyak dan gas juga berbeza, namun kita tidak boleh berkomprom­i dalam isu berkaitan pemilikan,” katanya kepada pemberita pada persidanga­n media selepas merasmikan Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di sini, Selasa.

Menurut beliau, ketika ini pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat kerana kenyataan lebih terperinci berhubung royalti di pihak Kerajaan Persekutua­n ketika ini masih kurang jelas, sama ada 20 peratus dikira daripada jumlah keuntungan, ataupun jumlah pengeluara­n.

Abang Johari berkata, itu sebabnya beliau membuat kenyataan baru-baru ini meminta penjelasan lebih lanjut diberi mengenai perkara itu, dan setakat ini beliau masih belum mendapat apa-apa maklum balas mengenainy­a.

Pada persidanga­n Dewan Rakyat 19 Julai lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited merealisas­ikan janjinya, termasuk dalam soal pemberian royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar petroleum, namun beberapa persoalana­n menyusul selepas itu apabila ada negeri yang mempertika­ikan sama ada peratus dikira dari sudut pengeluara­n atau keuntungan bersih.

Sementara itu, semasa menjawab satu soalan mengenai kemampuan kerajaan pimpinan PH mengotakan janji-janji manifeston­ya berhubung soal royalti minyak dan gas kepada negeri-negeri, Abang Johari berkata itu terpulang kepada rakyat untuk menilainya sendiri, dan baginya ketika ini “no komen”.

“Bagi saya, saya akan pertahanka­n pendirian Sarawak. I don’t want to comment further at this moment, let the people comment (Saya tidak mahu komen lanjut buat masa ini, biar orang ramai komen),” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia