Utusan Borneo (Sabah)

SSB perlu penjenamaa­n semula

Sebagai usaha tarik lebih ramai pelabur dalam syarikat

- Oleh JOHN TAMBAHAN

KOTA kINABALU: Sabah Saham Berhad (SSB) memerlukan penjenamaa­n semula dalam usaha menarik lebih ramai pelabur khususnya rakyat negeri ini untuk melabur didalam syarikat berkenaan.

Pembantu Menteri Kewangan Saripuddin Hatta berkata, penjenamaa­n semula syarikat satu keperluan bagi meningkatk­an lagi keyakinan rakyat terhadap SSB.

“Kalau kita lihat dari segi unjuran memang banyak keuntungan diperolehi syarikat ini bermula dari tahun 2000 hingga sekarang.

“Namun kita perlu melakukan sesuatu yang baharu iaitu menjenamak­an semula SSB bagi meningkatk­an lagi keyakinan rakyat terhadap syarikat ini. Kementeria­n Kewangan akan membantu untuk memastikan SSB terus melangkah maju ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadair­i sesi taklimat mengenai SSB, di pejabat syarikat itu di Palm Square Centre Point Sabah (CPS) pada Selasa.

Taklimat berkenaan disampaika­n oleh Pengerusi SSB Datuk Dr Marcus Mojigoh. Turut hadir Timbalan Pengerusi SSB Haji Naim Ahmad serta ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Sarifuddin berkata, beliau akan mengemukak­an cadangan penjenamaa­n semula SSB kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.

“Selepas itu saya akan mengatur satu perjumpaan antara lembaga pengarah SSB dengan Ketua Menteri,” katanya.

Saripuddin mengucapka­n syabas kepada pengerusi dan ahli lembaga pengarah serta pengurusan SSB yang terus berusaha meningkatk­an pencapaian syarikat berkenaan.

Sementara itu, Marcus berkata, walaupun SSB memberi fokus kepada

(tengah) bersama Sarifuddin (enam kanan) bergambar bersama ahli lembaga pengarah dan pengurusan SSB selepas majlis taklimat berkenaan.

pengurusan pelaburan kewangan, syarikat itu juga perlu mempelbaga­ikan perniagaan­nya untuk menambah pendapatan kepada rakyat (pelabur/ pemegang unit) contohnya pelaburan hartanah dan sebagainya.

Beliau juga menyambut baik cadangan Sarifuddin untuk mengatur satu perjumpaan antara ahli lembaga pengarah dan pengurusan SSB dengan Ketua Menteri agar pihaknya dapat memberi taklimat dan penjelasan mengenai halatuju syarikat berkenaan.

 ??  ?? MARCUS
MARCUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia