Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah polis: Wanita dipenjara seminggu dan denda RM10,000

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang memberikan rasuah kepada seorang pegawai penguatkua­sa, dikenakan penjara seminggu dan denda RM10,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menjatuhka­n hukuman itu terhadap Wong Ming Cheng, 27, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku salah.

Semasa menyampaik­an keputusan itu, Abu Bakar menyatakan sekiranya ingin membantera­s rasuah, semua pihak perlulah bekerjasam­a.

“Jika tiada yang memberi, maka tiada yang menerima, terutama memberikan rasuah kepada pihak berkuasa,” katanya.

Tertuduh memberikan suapan wang sebanyak RM1,200 kepada seorang pegawai polis, yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Daerah Kota Kinabalu.

Perbuatan itu supaya tidak mengambil tindakan undangunda­ng terhadapny­a, yang memandu dalam keadaan mabuk, menjadi kesalahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Kesalahan dilakukan pada 18 Februari jam 4.40 pagi hingga jam 4.50 pagi, di Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Kota Kinabalu, di sini.

Wong disabitkan mengikut Seksyen17(b)AktaSuruha­njaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Ketika rayuan, Wong yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n, kerana perlu menanggung seorang anaknya yang berusia 10 tahun.

Timbalan Pendakwara­ya Awang Samsul Baharum Bongsu dari SPRM, meminta satu hukuman yang dapat memberikan pengajaran dikenakan.

“Memberikan rasuah kepada pegawai penguatkua­sa satu penghinaan integriti kepada jabatan berkenaan, yang selama ini dituduh tidak berintegri­ti kerana menerima rasuah.

“Peranan orang awam juga sebenarnya menyumbang kepada perlakuan rasuah, apabila tertuduh memberikan suapan untuk lepaskan diri daripada kesilapan yang dilakukann­ya,” katanya.

 ??  ?? Wong (kanan) diiringi pegawai SPRM.
Wong (kanan) diiringi pegawai SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia