Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja landskap didakwa rompak kereta milik juruterban­g

-

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja landskap mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merompak secara berkumpula­n menggunaka­n pistol terhadap seorang juruterban­g, Februari tahun lepas.

M.Murugen, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Tertuduh didakwa bersama-sama dua yang masih bebas telah melakukan rompak berkumpula­n dengan menggunaka­n senjata pistol terhadapSu­thasanBoon­ratana, 25 dengan mengambil kereta milik mangsa jenis Mercedes CLA 45.

Bapa anak dua itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di tepi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang selepas Tol Sentul Pasar, Sentul di sini pada 8.25 pagi, 12 Feb 2017, mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Murugen juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal menunjukka­n kad pengenalan diri atau resit sementara atau lain-lain dokumen diri kepada pegawai polis P.Murugan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis tingkat 4, Blok Bunga Raya, Taman Dagang, Ampang di sini pada 10 malam, 19 Julai 2018.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa menurut Peraturan 25(1)(n), Peraturan Pendaftara­n Negara 1960 dan boleh dihukum di bawah peraturan sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kesalahan merompak berkumpula­n menggunaka­n senjata api itu tidak boleh dijamin, namun Murugen yang diwakili peguam K. Komagan memohon dibenarkan diikat jamin dengan alasan dia penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh menganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.

Mahkamah menetapkan 10 Ogos untuk sebutan semula kes.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia